18 December 2022

DIANA DANIELLE DEDAH PERNAH DIPUKUL BEKAS KEKASIH SAMPAI BENGKAK TENGKUK



"Waktu itu, saya baru habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya ada benjol besar (lump) di belakang tengkuk disebabkan dipukul bekas teman lelaki sebelum saya menjalin hubungan dengan Farid.


"Saya didera secara fizikal oleh individu itu. Saya keluar daripada situasi (perhubungan) itu sejurus orang itu 'sentuh' saya kali pertama. Saya sangat gembira tidak lagi berada dalam perhubungan itu.

"Sesiapa sahaja (mana-mana lelaki) letak tangan di anggota badan anda, tolong keluar daripada hubungan toksik itu," demikian dedah pelakon Diana Danielle yang mendedahkan pernah menjadi mangsa pukul bekas kekasihnya yang tidak didedahkan identitinya sebelum bercinta dengan suaminya, pelakon Farid Kamil.

Klik untuk gambar besar



Baru-baru ini, Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson dijemput sebagai tetamu dalam sebuah podcast Studio Sembang yang dikendalikan oleh rakan artis pelakon Amelia Henderson.

Menerusi podcast tersebut, Diana berkata, belakang tengkuknya bengkak kerana dipukul oleh bekas kekasihnya dan gembira apabila tidak lagi berada dalam perhubungan toksik tersebut.



Dalam pada itu, ujar Diana lagi, apabila seseorang lelaki itu mengasari kaum wanita ianya tiada kompromi. Ujarnya lagi, selepas dia berkenalan dengan suaminya, dia lebih tenang serta mendedahkan dia yang mula-mula jatuh cinta dengan Farid.

"Dia macam tiada diskaun-diskaunlah. Saya tahu apa yang saya mahu dalam perhubungan. Saya tahu sebetulnya apa yang saya mahukan. Bila saya jumpa Farid waktu itu, saya berasa tenang, lebih fokus dan dia salurkan energi positif yang saya kagumi. 

"Saya yang mula-mula jatuh cinta dengannya sebelum dia jatuh cinta dengan saya. 10 tahun perkahwinan dan 15 tahun perkenalan. That is love (itulah cinta)," katanya.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: