"Cik agak-agaklah. Baju kotor yang siang tadi punya sahaja. Yang lain-lain berlipat tu semua dah cuci cik. Yang siang tadi pakai manalah sempat nak cuci. Otak ada tapi tak digunakan sebaik-baiknya.
"Itulah perangai segelintir netizen sekarang ini," itulah kata suami kepada pelakon Izreen Azminda iaitu Ude Wahid dimana dia tampil menjawab tuduhan kononnya isterinya itu tidak mencuci pakaian anak-anak tiri.
Mengenai hal itu, Ude atau nama sebenar Muhamad Radzi Abdul Wahid, 34, berkata, tuduhan berkenaan tidak berasas kerana isterinya melakukan semua kerja rumah itu.
Klik untuk gambar besar
Sebelum itu, Izreen atau nama penuhnya Izreen Azminda Aznam, 37, memuat naik posting menunjukkan dia selesai mengemas pakaian anak tirinya yang ingin pulang semula ke rumah ibu mereka. Bagaimanapun, netizen mendakwa Izreen membiarkan dua anak tirinya pulang dengan membawa baju kotor.
Untuk makluman, Ude pernah berkahwin dengan Intan Salleh pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac 2018. Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 5.
Kemudianya, Ude mendirikan rumah tangga bersama Izreen pada 8 Ogos 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim, 3, dan Ali Idrees, setahun. Izreen juga mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.
________ IKLAN ________
Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.
Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.
Beli kat offical store je..!
_______ IKLAN _________
________________________

No comments:
Post a Comment