18 December 2022

"TOLONGLAH KAMI BENAR-BENAR MEMERLUKAN WANG ITU..." - CALIPH BUSKERS MERAYU PENGANJUR LUNASKAN BAYARAN RM10,000



"Untuk dua hari persembahan, kami sepatutnya menerima bayaran yang sudah dipersetujui dengan penganjur sebanyak RM10,000. Namun, sehingga sekarang masih belum mendapat bayaran itu walaupun separuh daripadanya.


"Pihak penganjur memberi pelbagai alasan penangguhan bayaran kepada kami, dan setakat ini tidak diselesaikan lagi. Kami (Caliph Buskers) sudah banyak bertolak ansur, jadi mohon bayarlah wang persembahan dijanjikan itu.

"Anggota Caliph Buskers ini insan 'istimewa'. Jadi, kami sangat memerlukan wang itu untuk menyara keluarga kerana pembabitan dalam karier seni adalah punca pendapatan kami. Ditambah, sekarang cuti sekolah dan kami pun nak bawa anak jalan-jalan juga.

"Selain itu, kami sebenarnya sudah menolak beberapa undangan persembahan lain kerana mahu memenuhi 'show' penganjur terbabit. Apatah lagi, mereka berjanji untuk membayar kami selepas selesai membuat persembahan," kata pemain dram kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun.

Kumpulan Caliph Buskers merayu pihak penganjur 'show' (persembahan) yang disertai mereka pada 9 dan 10 Disember lalu di Pulau Pinang agar melunaskan bayaran RM10,000 seperti dijanjikan.

Klik untuk gambar besar



Jelas Fendy, semua ahli Caliph Buskers berserta kru mereka yang terbabit sama pada persembahan itu sangat memerlukan wang berkenaan.

Dalam masa sama, Fendy menjelaskan, perkongsian dibuat di Instagram kumpulan, bukan berniat mahu mengeruhkan keadaan dengan pihak terbabit, namun sekadar meluahkan situasi dihadapi mereka.

Ditanya kenapa Caliph Buskers tidak mengambil wang pendahuluan sebelum persembahan, Fendy berkata, mungkin mereka terlalu berlembut dan akhirnya menjadi mangsa pihak berkenaan.

Mengenai tindakan undang-undang, Fendy memberitahu, Caliph Buskers masih dalam perbincangan lanjut untuk mengambil tindakan seterusnya. Ini kerana katanya, kalau boleh biarlah dapat diselesaikan secara baik dan segera.

Selain Fendy, Caliph Buskers dianggotai Azmi Saat sebagai vokalis, Zaki Ismail (pemain gitar bass) dan Nirwan Zainalabidin (pemain gitar).


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: