18 December 2022

BILA BONDA ROZITA BERI MAKANAN & RESORT BUAT PASUKAN RESCUE TUMPANG BEREHAT



Semua sedia maklum mengenai kejadian tanah runtuh pada Jumaat di Father Organic Farm di Batang Kali yang telah meragut banyak nyawa dan sehingga semalam 24 orang dilaporkan meninggal dunia.


Operasi mencari dan menyelamat masih lagi giat dijalankan sehingga hari ini untuk mengesan mangsa yang masih lagi belum ditemui.

Sementara itu, pengasas kosmetik terkenal iaitu Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda Rozita turut membantu meringankan urusan pasukan penyelamat dengan memberikan resort miliknya sebagai tempat berehat dimana ia tidak jauh daripada tempat kejadian.

Bukan itu sahaja, ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri itu juga menyediakan makanan buat pasukan penyelamat yang sudah bertungkus lumus selepas dua hari menjalankan misi menyelamat.

Klik untuk gambar besar



Menerusi satu video dikongsikan di TikTok, ia memaparkan pasukan penyelamat dilihat sedang berehat di Rumah Bonda serta individu yang memuat naik video berkenaan mengucapkan terima kasih buat Bonda Rozita.

Diruangan komen video tersebut, rata-rata pengguna laman sosial mengucapkan terima kasih buat Bonda Rozita yang sudi menyediakan kemudahan tersebut buat pasukan penyelamat yang berpenat lelah dalam misi menyelamat.

Dalam pada itu, ramai yang turut mendoakan agar operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang dipermudahkan. 







________ IKLAN ________

JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: