18 December 2022

BENGANG DITUDUH MUFLIS - SAFIEY ILLIAS AKUI HILANG KERANA HIDAP BIPOLAR, BUAT 'COMEBACK' 2023 SEBAGAI 'NURWANITA'



"Bankrup celah mana ya? Cukup-cukuplah fitnah Nurwanita (panggilan Safiey). Sabar jelah. Tak apa saya anggap ini sebagai pembakar semangat kepada mulut-mulut yang asyik nak bertepuk tangan tengok orang ditimpa musibah.


"Masalah saya bukan kewangan, saya dah lama berniaga daripada sekolah umur 16 tahun, sampailah umur saya 25 tahun. Tak salah kot saya nak berehat sekejap dua hingga tiga tahun. Kalau boleh janganlah buat content guna nama saya untuk naikkan view awak. Berdiri atas kaki sendiri, boleh tak?

"Kongsi benda betul tidak apa, ini sampai fitnah, orang jadi salah faham pula," ujar usahawan sensasi Safiey Illias yang baru-baru ini muncul di laman Instagram bagi menjawab tuduhan kononnya dia sudah jatuh muflis, selain menyifatkan perkara itu sebagai palsu.

Dakwaan tersebut timbul selepas Safiey yang dilihat sudah agak lama menyepi dari dunia media sosial sejak namanya terpalit dengan beberapa kontroversi termasuk pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap dua remaja di mahkamah.

Klik untuk gambar besar



Jelasnya, khabar angin sudah muflis disebarkan oleh seorang ejen hartanah itu adalah tidak benar malah meminta mana-mana individu tidak menggunakan namanya untuk meraih populariti segera.

Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Illias, 28, membuat penjelasan itu menerusi Instagram miliknya pada Sabtu dan memuat naik bukti salinan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia yang menunjukkan dia tiada dalam rekod muflis.

Dalam masa sama, Safiey turut menjelaskan kehilangannya dengan memberitahu selain ingin berehat, dia juga sedang berdepan dengan beberapa penyakit berkaitan mental yang turut menggangu perniagaan dijalankan. Katanya, dia kini dalam tempoh bertenang namun akan membuat kemunculan semula dengan penjenamaan dan konsep baharu tahun hadapan.



"Tak bermakna kita diam, kita down... perniagaan kita merundum. Ini Nurwanita nak bagi tip sikit, dalam berniaga perlu ada 'cooling period' kemudian kita kembali dengan branding dan konsep baharu.

"Jadi kita lebih fresh dan kita buka buku baru... dengan berperang sakit bipolar dan masalah kesihatan mental lain, tak mudah tau. Jadi saya ambil langkah berehat sebentar dan wujudkan tempoh bertenang," jelasnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Syinta Gila' ini berharap agar peminat dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya sekali gus dapat memperoleh kejayaan kelak. Tekannya, dia tidak pernah gagal cuma melalui proses pembelajaran dan mahu membuat kemunculan semula dengan nama 'Nurwanita' agar lebih segar.



________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: