18 December 2022

"MAAFKAN SAYA BELUM ADA REZEKI BAGI AWAK ZURIAT..." - ISTERI ACHEY REDA RAWATAN IVF TAK BERJAYA, AKAN USAHA SEHINGGA HUJUNG NYAWA



"Syukur Alhamdulillah... REDHA... 🤲🤲... @anne_achey._ please comeback stronger 🙏," demikianlah tulis pelawak Achey menerusi laman Instagram miliknya dimana dia memaklumkan proses rawatan persenyawaan in-vitro atau In Vitro Fertilisation (IVF) tidak berjaya selepas menjalani proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakan pada awal Disember ini.


Achey, 36, berkongsikan mengenai perkara itu serta reda belum lagi dikurniakan rezeki cahaya serta berharap isterinya, Nor Hasanah Yahaya atau lebih mesra disapa Anne, 32, terus kuat. Melihat pada video yang dikongsikan, Achey sedang menenangkan isterinya yang duduk di atas kerusi roda selepas menerima perkhabaran tersebut.

Perkongsian Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial termasuk rakan artis yang berharap pasangan itu terus sabar dan kembali kuat serta tidak putus asa.

Sementara itu, Hasanah yang reda menerima keputusan itu memohon maaf kepada suaminya kerana masih belum mampu memberikan zuriat, namun dia tidak berputus asa dan akan berusaha melahirkan zuriat.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Hasanah turut menghargai segala pengorbanan yang dilakukan Achey yang banyak memberikan kekuatan serta membantunya menguruskan rumah tangga. Kata Hasanah lagi, Achey merupakan sumber kekuatan dan seorang suami yang bertanggungjawab kerana menjaganya ketika sakit.

"17/12/2022 RESULTS TEST IVF NEGATIVE 😢. Kita usaha, Allah menentukan... Mungkin belum ada rezeki untuk kita... Kakak sabar ya, InsyaAllah ada rezekinya nanti... 😢😢😭😢 kalau kakak sedih, mama dengan ayah 10x lagi sedih.... Mama sayang awak dan ayah awak @acheykintangkintung.

"Terima kasih by, selama ni menjadi tulang belakang saya... banyak bagi kekuatan pada saya, jaga saya, jaga anak... bahagikan masa awak, kerja dan kami terima kasih banyak-banyak... Jaga saya time sakit... Saya hargai sangat2...



"Maafkan saya belum ada rezeki untuk saya bagi awak zuriat 😭... InsyaAllah saya akan usaha sehingga hujung nyawa saya... saya sayang awak @acheykintangkintung 😢❤️😭," tutur Hasanah di Instagram dengan memuat naik sebuah video.

Pada Ogos lalu, Achey dan isteirnya berkongsikan berita bahawa mereka sedang mencuba melakukan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha mereka untuk mendapatkan zuriat selepas 11 tahun berkahwin.

Untuk makluman, Achey mendirikan rumah tangga dengan Hasanah sejak 11 tahun lalu iaitu pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.










________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: