17 December 2022

TAMPIL TEGUR UYAINA - PU SYED MINTA JANGAN BUAT MAIN SOAL NERAKA: "PANAS SETERIKA BAJU ITU PUN KAMU DAH MELOMPAT..."



"Betapa beraninya kamu buat content sebegini? Sebelum ini ada yang melawak, jual topi dan dikatanya topi kalis api neraka. Tiba-tiba muncul pula video ini. Masih dengan isu api neraka... Kalian boleh buat main dengan api neraka?


"Panas seterika baju itu pun kamu dah melompat kesakitan dan kepanasan, ini pula tentang neraka?" ujar pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed yang tampil menegur pengacara dan pelakon Uyaina Arshad dimana dia menyifatkan gurauan berkenaan neraka itu sebagai berani.

Sejak beberapa hari lalu, nama Uyaina Arshad menjadi buah mulut warganet yang kesal dengan gurauan dibuat pengacara tersebut yang disifatkan tidak bertempat.

Klik untuk gambar besar



Ia ekoran Uyaina memuat naik video TikTok bersama rakan selebriti, Bella Dally yang berseloroh dirinya tidak mahu terjerumus dalam neraka seorang diri sebaliknya mahu mengheret Bella bersamanya. Bagaimanapun, video yang mendapat kecaman itu telah dipadam selebriti itu.

Dalam pada itu, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, berkata, soal neraka bukan bahan yang boleh dijadikan jenaka malah seseorang tidak dapat membayangkan betapa seksanya jika dicampakkan ke sana akhirat kelak.

Dalam pada itu, Syed juga meminta agar dua selebriti itu agar insaf dengan perbuatan mereka dan tidak sesekali melakukan hal serupa pada masa akan datang.



"Minta dua orang yang buat content ini bertaubat kepada Allah dan jangan ulanginya lagi," kata PU Syed yang meluahkan perkara tersebut menerusi akuan Instagram miliknya dimana ia turut memaparkan video dua selebriti itu.

Menerusi perkongsian video tersebut, Uyaina menggunakan audio Moodnya yang sedang trending di laman sosial. Meskipun audio itu bukan diucapkan sendiri pengacara berkenaan namun peminat minta Uyaina berhati-hati dengan sebarang tindakannya kerana ia boleh memakan diri.

Audio itu menyebut, 'Tuhan jika suatu hari aku masuk neraka, maka masukkanlah juga temanku. Temanku lebih banyak salah daripada aku, masa aku masuk sendiri Tuhan?'.



________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: