17 December 2022

DAH BAYAR WANG PENDAHULUAN RM33,000 - VIDA BATAL NIAT POTONG USUS SAAT AKHIR SEBAB TAKUT



"Ketika itu saya terlibat sebagai penaja program Gegar Vaganza, rasa nak kurus nak cantik sampai sanggup melakukan pembedahan potong usus. Saya sudah bayar wang pendahuluan untuk prosedur tersebut.


"Syukur Allah masih sayang. Saya jadi takut di saat-saat akhir dan batalkan niat tersebut. Ada seorang doktor juga maklumkan saya tidak perlu lakukan pembedahan sebegitu.

"Sebelum ini terpengaruh dengan kawan-kawan yang melakukan pembedahan tersebut membuatkan saya mahu mencuba," itulah kata usahawan sensasi, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 51.

Klik untuk gambar besar



Mendedahkan pernah membayar wang pendahuluan sebanyak RM33,000 bagi melakukan pembedahan bariatrik sekitar enam tahun dahulu, Vida bagaimanapun berkata hasrat tersebut dibatalkan pada saat-saat akhir kerana perasaan takut untuk meneruskan prosedur berkenaan.

Ini kerana jelas Vida, dia enggan mengambil jalan pintas untuk kurus, sebaliknya memilih mengamalkan produk keluaran syarikatnya bagi menurunkan berat badan selain mengekalkan kecergasan dengan melakukan aktiviti harian.

Dalam masa sama, dia juga menyelar tindakan mana-mana pengusaha produk pelangsingan sepertinya yang menggunakan kaedah pembedahan sebagai cara untuk mengaburi mata pengguna.

"Kalau mereka yang betul-betul ada masalah kesihatan disebabkan berat badan dan mendapat nasihat doktor untuk pembedahan baritrik teruskanlah. Cuma bagi saya mungkin tidak sebab melihat betapa sukarnya rakan-rakan yang tanggung sakit selepas pembedahan. Ada mereka yang terpaksa kerap ke hospital untuk rawatan susulan.

"Saya hanya amalkan produk sendiri. Tak perlu nak bedah. Kepada rakan-rakan usahawan, janganlah ambil kesempatan tipu pengguna. Kalau mereka kurus sebab buat pembedahan itu sudah dikira aniaya pengguna," ujarnya.


________ IKLAN ________

JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: