17 December 2022

"KAMI JADI KEKOK SETIAP KALI BERTEMU..." - ZAKI HARAP HUBUNGAN ADIK-BERADIK DENGAN OSAMA KEMBALI RAPAT



Dua anak lelaki penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah iaitu Osama Yamani, 21, dan Zaki Yamani, 16, baru-baru ini telah terbabit dalam program realiti Famili Duo terbitan TV3.


Akui sebelum ini hubungan adik-beradik renggang, Osama dan Zaki percaya pembabitan mereka dalam program itu bakal merapatkan semula hubungan mereka.

Jelas Zaki, sejak abang sulungnya itu berpindah ke Sekolah Seni Johor pada usia 14 tahun, dia sudah jarang berjumpa dan hubungan mereka sudah tidak seperti dahulu. 

"Kami jadi kekok setiap kali bertemu di acara hiburan dan tak tahu apa nak dibualkan. Saya harap pembabitan dalam program Famili Duo akan membuka satu peluang untuk kami kembali rapat sebagaimana ketika waktu kecil dulu," katanya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Osama turut berharap gandingan mereka dalam program itu dapat membuatkan bapanya bangga sekali gus mendekatkan hubungan mereka sekeluarga.

"Saya nak babah bangga apabila industri hiburan mempertemukan kami adik-beradik. Selain program Famili Duo, kami merancang menghasilkan single duet bersama. InsyaAllah, kami akan fokus mencari karya yang bersesuaian selepas program realiti ini," ujarnya.

Program Famili Duo musim kedua akan bersiaran mulai esok, jam 9 malam di TV3.





________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: