22 December 2022

ALAMI KOMPLIKASI DI BAHAGIAN LUTUT & BAHU - CHEF WAN JALANI PROSEDUR RAWATAN PLASMA KAYA PLATELET (PRP)



"Selepas ibu saya selesai menjalani pemeriksaan dan keluar dari hospital, kini giliran saya pula. Ia adalah prosedur kecil dan saya menginap selama dua malam di Hospital Gleneagle.


"Prosedur ini akan membantu kedua-dua lutut saya untuk berfungsi dengan lebih baik ketika saya berjalan," tulis cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan yang menjalani prosedur rawatan plasma kaya platelet (PRP) semalam selepas mengalami komplikasi di bahagian lutut dan bahu.

Chef Wan yang berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya itu memaklumkan prosedur berkenaan dilakukan untuk memudahkan fungsi lututnya supaya dia dapat berjalan seperti biasa.

Menurutnya, bahagian lututnya mula menyebabkan rasa tidak selesa ketika berjalan sewaktu dia berada di Abu Dhabi. Menurutnya lagi, dia juga menerima nasihat daripada pakar tulang supaya melakukan prosedur sama untuk bahagian bahunya yang mengalami 'frozen shoulder' (sendi bahu membeku).

Klik untuk gambar besar



"Sejak saya berada di Abu Dhabi, saya rasa ada sesuatu yang tak kena dan rasa tak selesa ketika berjalan atau berdiri terlalu lama. Dah tua pun. Segalanya dah kering kontang dalam tempurung itu, macam perigi buta! Lagi pula, kita ini kuat merayap. Jadi, kuranglah 'pelincir' dia, itu (sebab) dah kehausan.

"Sejak bahu kanan saya juga berada dalam kesakitan setiap kali saya berbaring dan menjadi 'frozen shoulder' (sendi bahu membeku), pakar tulang menasihatkan saya untuk melakukan rawatan PRP sekali gus. Bukan prosedur yang murah. Tak apa, janji boleh lari macam Tom Hanks dalam filem Forrest Gump," tuturnya.

Dalam hantaran sama, Wan juga turut mengucapkan terima kasih atas doa dan ucapan daripada pelbagai pihak di samping turut berkongsi gambarnya ketika berada di hospital.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: