15 December 2022

"ANAK-ANAK BERLUMBA NAK KHATAM AL-QURAN... MEREKA TAK BAGI SAYA AMBIL BALIK MENGAJI AWAL" - FATIN AFEEFA



"Anak-anak saya sekarang tak ada kat rumah. Diorang pergi mengaji. Pukul 10 nanti baru balik dari waktu Isyak tadi. Mereka berdua sedang berlumba nak khatam al-Quran. Sebab itu mereka tak bagi saya ambil balik mengaji awal. 


"Arrian pula sebab Ivy dah lebih beberapa surah daripada dia, jadi dia nak kejar balik," kata pelakon Fatin Afeefa yang mendedahkan kedua-dua anaknya iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia dalam proses ingin khatam kitab suci Al-Quran.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok semalam, Fatin memberitahu mengenai perkara itu apabila ada peminat bertanyakan mengenai keberadaan anak lelakinya dan pelakon itu berkata kedua-dua mereka sedang mengaji.

Menurut Fatin lagi, anak-anaknya terutama yang sulung, Arrian melarangnya untuk mengambil mereka daripada tempat mengaji sebelum pukul 10 malam kerana mahu khatam al-Quran sebelum berakhirnya tahun 2022.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin menegaskan bahawa mereka berkemungkinan tidak sempat untuk khatam memandangkan baru saja masuk juzuk kesebelas.

Dalam pada itu, Fatin sempat mengatakan bahawa dia akan pastikan kedua-dua anaknya menghafaz Al-Quran pada masa akan datang selain mendapat ilmu agama secukupnya.

Untuk makluman, Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahzpada tahun 2013 namun bercerai pada 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ivy Herra Sophia.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: