15 December 2022

"INSYA-ALLAH SATU HARI NANTI..." - EMMA MAEMBONG AKUI AKAN BERHIJAB BILA TIBA MASANYA, TIDAK SELAMANYA BEGINI



"Bagi saya setiap wanita Muslim beragama Islam, mereka semua mahu menuju ke arah kebaikan, begitu juga saya. Tiada siapa yang mahu berbuat jahat akan selamanya kekal dengan imej sebegitu (membuka aurat).


"Saya pernah pakai tudung, Insya-Allah satu hari nanti, mesti saya akan ke arah itu semula (menutup aurat). Bila tiba masanya saya akan pakai (hijab). Saya tidak akan selamanya begini sehingga ke tua. Saya pun mahu ke arah kebaikan kerana saya bukannya makin muda.

"Nama Instagram saya pun Emma Maembong, bukan nama dalam surat beranak. Jadi biarlah saya tunjuk inilah kehidupan seorang Emma Maembong sebagai seorang selebriti.

Klik untuk gambar besar



"Sebagai Emma Maembong, tidak ramai yang suka saya. Jadi suami pun tahu dia berkahwin dengan diri saya yang sebenar (Fatimah)," itulah jelas pelakon Emma Maembong yang memberitahu dia tidak akan kekal selamanya dengan imej membuka aurat seperti sekarang.

Sebelum ini, tindakan Emma tampil membuka tudung telah mengejutkan ramai pihak. Menurut Emma, dia sedar ramai peminatnya meminta untuk kembali kepada fitrah wanita Muslim apatah lagi dia pernah tampil berhijab selama 5 tahun.

Berhubung hal itu, Emma memberitahu dia tidak akan kekal selamanya dengan imej membuka aurat seperti sekarang dan pasti akan kembali menutup aurat suatu hari nanti seiring dengan peningkatan usia.



Dalam pada itu, Emma mengakui suaminya iaitu Muhammad Shazli Azhar terasa hati apabila dituduh netizen yang mengatakan dia tidak pandai mendidik isteri. Namun, dia menasihati suaminya tidak melayan kata-kata negatif netizen.

Terdahulu, Emma membuat keputusan tidak lagi bertudung selepas lima tahun berhijab pada penghujung Januari 2019. Susulan tindakannya itu, Emma dikecam teruk oleh netizen.

Untuk makluman, Emma berkahwin dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.



________ IKLAN ________

JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: