15 December 2022

"PASTI ADA HIKMAH DI SEBALIK APA YANG BERLAKU" - EWAL ENGGAN KOMEN ISU BEKAS TUNANG SUDAH KAHWIN



Hubungan antara penyanyi kumpulan Kristal, Ewal Ismail dan Nur Syuhada Baharuddin atau Adda sudah menemui titik noktah apabila ikatan pertunangan mereka putus.


Ewal atau nama sebenarnya Ikhwal Hafiz Ismail, 30, berkata dia dan bekas tunangnya juga sudah membawa haluan masing-masing demi kebaikan bersama.

Baru-baru ini, perkongsian yang dimuat naik di TikTok oleh Adda memaklumkan dia baru melangsungkan perkahwinan dan ia telah menarik perhatian ramai. Malah, kapsyen yang disertakan dengan video berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi.

"Bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain, nikah dengan orang lain. Itu yang dinamakan jodoh. Kalau kita tahu siapa jodoh kita tidak 'best', kerana itu Allah SWT berikan kejutan untuk kita. Mesti ramai yang tak menyangka jodoh masing-masing," tulis Adda.

Klik untuk gambar besar



Berhubung hal tersebut, Ewal bagaimanapun enggan memberi sebarang komen, sebaliknya menganggap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Ini kerana kata Ewal, kita hanya mrancang tapi Allah yang menentukan.

"Saya tidak mahu komen apa-apa kerana dia sudah tidak ada kena-mengena dengan saya lagi. Malah, dia pun sudah mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, apa yang berlaku adalah yang terbaik buat kami berdua. Malah, saya pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

"Benda ini kita tidak boleh nak cakap lebih kerana kita hanya merancang dan selebihnya adalah aturan Allah SWT. Apa yang boleh saya kata, masing-masing sudah ada fokus dan haluan masing-masing. Saya lebih fokus terhadap kerjaya seni bersama kumpulan Kristal," katanya.

Untuk makluman, Ewal dan Adda yang juga adik Rody Kristal bertunang pada 10 September tahun lalu. Adda yang juga merupakan seorang penyanyi dan ibu tunggal kepada dua anak.




________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: