15 December 2022

WANITA KAZAKHSTAN BUAT HATI FADLAN HAZIM TERPAUT



"Setakat ini, kami belum mempunyai sebarang perancangan untuk membawa hubungan ke fasa seterusnya. Kalau ada berita baik, saya akan kongsi. Lagipun kami baru nak kenal hati budi. Dia seorang wanita yang cantik di mata saya. Kami banyak berkongsi persamaan dalam diri.


"Saya boleh katakan dia antara insan yang paling 'ngam' (serasi) setakat ini," itulah kata pelakon Fadlan Hazim, 30, yang mendedahkan dia kini mengenali hati budi seorang wanita kelahiran Kazakhstan dikenali, Aiya Mukhamedsalova sejak tahun ini. 

Fadlan memberitahu, dia mula mengenali wanita itu ketika mereka bertemu di sebuah pusat kecergasan dan menyifatkan Aiya antara teman wanita yang paling memahaminya.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, Aiya menerusi perkongsian di TikTok miliknya memberitahu Fadlan sanggup terbang ke Kazakhstan untuk bertemu keluarganya bagi meminta restu. 

Malah, ada beberapa video pasangan ini yang menunjukkan kedua-duanya kini dalam fasa perhubungan yang serius termasuklah, terdapat sebuah video yang diambil di hadapan cermin dengan kapsyen tertulis, 'I kill everyone who touches you"' (saya akan bunuh sesiapa saja yang mengusik anda). 

Difahamkan, hubungan pasangan ini sudah mula terjalin sejak April lalu.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: