Nama pelakon dan usahawan Rozita Che Wan kembali hangat diperkatakan dan sekali lagi menerima kritikan selepas baru-baru ini memuat naik gambar anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana yang dilihat memakai skirt merah jambu bersama baju crop top berwarna putih menampakkan sebahagian perut dan pusat, ketika mereka ke Nusa Penida, Bali, Indonesia.
Perkongsian Rozita atau mesra disapa Che Ta itu menimbulkan rasa kurang senang pengguna laman sosial yang mendakwa pelakon itu membiarkan anak perempuannya berpakaian tidak manis dan tidak sesuai.
Pengguna laman sosial turut menegur bahawa dalam Islam tidak boleh memaksa anak kecil untuk memakai tudung namun perlu diajar supaya berpakaian sopan.
Klik untuk gambar besar
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan baju yang dipakai oleh Aaisyah terlalu pendek serta meminta Che Ta supaya menjaga pakaian anak perempuannya itu.
Sebelum ini, Che Ta pernah dikritik berkongsi foto yang memaparkan anak bongsunya sedang bersantai di tepi pantai dengan menggayakan gaun berwarna merah jambu bersama rantai, cermin mata dan beg tangan jenama mewah.
Meskipun ramai yang memuji kecantikan Aaisyah, namun ada yang mengkritik Che Ta kerana membiarkan anak perempuan berpakaian yang dikatakan agak terdedah di usia kecil. Kata pengguna laman sosial lagi, didikan anak mengenai aurat sepatutnya bermula dari kecil.
________ IKLAN ________
WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!
_______ IKLAN _________
________________________

No comments:
Post a Comment