"Kalau boleh saya tak nak kongsi sangat, tapi biarlah yang ketiga ini jadi yang terakhir. Kalau dah tiba masanya nanti barulah saya akan kongsikan kepada semua. Dia memang 'sempoi', tak ada media sosial dan saya memang nak cari yang macam itu. Ini semua adalah perancangan sahaja untuk fasa seterusnya.
"Apa yang boleh saya katakan dia kenal diri saya 'A to Z'. Cara pergaulan dan percakapannya, dia tahu apa yang boleh dan tidak boleh. Namun, ingin saya tekankan yang ini semua adalah perancangan. Paling penting dia kena fokus belajar dahulu dan saya boleh berusaha untuk perbaiki diri lagi."
Itulah kata penyanyi yang juga vokalis kumpulan OAG, Radhi yang mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita muda berusia 21 tahun.
Jelas Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 45, kekasihnya itu merupakan seorang pelajar yang masih menuntut di sebuah universiti awam serta mempunyai perancangan untuk ke fasa seterusnya.
Enggan berkongsi secara terperinci tentang perkenalan mereka, penyanyi lagu 'Merpati Putih' ini terbuka hati untuk bercinta kerana wanita itu menerima dirinya dengan seadanya.
Klik untuk gambar besar
Menurut Radhi, dia mengenali wanita itu sejak dua tahun lalu dan kini dalam fasa serius. Namun, Radhi mahu kekasihnya itu fokus dengan pelajaran terlebih dahulu sebelum mereka melangkah ke fasa seterusnya mendirikan rumah tangga.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai kes pertuduhan memukul dan mencederakan bekas isterinya iaitu Nur Shahira Ayu Zahiri, Radhi memberitahu dia akan ke mahkamah semula untuk perbicaraan pada 14 Februari 2023.
Tambah Radhi lagi, sebelum ini dia sudah cuba untuk berdamai, namun bekas isterinya itu tetap berkeras untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah.
"Saya dah minta dia tarik kes sebab saya pun tak nak gaduh. Apapun yang berlaku, saya dah maafkan dia dan harap dia pun maafkan saya. Kalau dia nak teruskan sampai ke mahkamah, saya terima dan harap semuanya dapat diselesaikan. Saya anggap ini semua adalah ujian daripada Allah," ujarnya.
Untuk makluman, Radhi mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada April 2014 dan disahkan bercerai pada 16 Julai 2019 selepas penyanyi itu melafazkan talak pada 25 Mac 2019. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata berusia enam dan tujuh tahun.
________ IKLAN ________
JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.
Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.
Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment