14 December 2022

POTONGAN AYAT AL-QURAN MASIH ELOK, MESKIPUN RUMAH HANGUS DIJILAT API - ALIF MUHAIMIN RASA INSAF, KAGUM



"Allahuakbar, saya jadi lagi yakin bila tak ada satu ayat atau surah al-Quran, tak ada satu pun potongan yang koyak walaupun boleh nampak penghawa dingin di atasnya cair akibat kebakaran... tapi ayat (bingkai) di bawahnya masih cantik.


"Gambar pertama piring ayat kursi, jatuh bawah pecah. Allah nak yakinkan ada hikmah ini, Insya Allah," tutur pelakon Alif Muhaimin yang berkongsi beberapa foto keadaan kediaman keluarganya selepas kejadian kebakaran pada Isnin.

Berkongsi perkara itu menerusi hantaran di laman Instagram, Alif atau nama penuhnya Alif Muhaimin Abdul Rahman, 28, berkata, dia insaf dan kagum melihat kebesaran Allah SWT apabila beberapa bingkai potongan ayat al-Quran di dalam rumahnya sama sekali tidak musnah akibat kebakaran itu.

Klik untuk gambar besar



Sebaliknya, ia masih dalam keadaan elok malah tidak sedikit pun terkena percikan api meskipun rumahnya hangus dijilat api. Dalam pada itu, ujar Alif, dia percaya ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpa keluarganya.

Alif sebelum ini meluahkan rasa cemas apabila ibunya, Faridah Sheikh Mohamed terperangkap dalam rumah mereka yang sedang terbakar. Kejadian yang berlaku kira-kira 3.50 petang akibat lintar pintas semasa ibunya bersendirian di kediaman mereka di Kelana Jaya.

Bagaimanapun pelakon itu berserta adik-beradiknya sempat sampai ke rumah bagi menyelamatkan ibu mereka yang terperangkap dan menelefon pihak bomba untuk memadam kebakaran. Pun begitu, adik perempuannya melecur di bahagian tangan manakala ibunya pula mengalami trauma akibat kejadian tersebut.

















________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: