14 December 2022

"CUKUP-CUKUPLAH LEMPARKAN FITNAH PADA SAYA & KELUARGA" - ISMAIL IZZANI DAKWA SERING DIGANGGU WANITA TIDAK DIKENALI



"Wanita yang sebarkan saya sudah berkahwin pernah mesej saya di Instagram dulu dan saya sudah lama sekat dia. Dia akan spam kenalan rapat saya dan sebar cerita tidak benar. Perkara ini sejujurnya susah pada saya sebab orang yang saya dah lama tak jumpa pun dia mesej, buruk-burukkan saya.


"Saya tak tahu sama ada wanita ini peminat ataupun tidak sebab dulu dia mesej baik saja. Sampai satu tahap, dia jadi lain. Saya tak pernah terima atau balas mesej dia, hanya selalu periksa saja," ujar penyanyi sensasi, Ismail Izzani, 22, yang mendedahkan sering diganggu oleh seorang individu wanita tidak dikenali dengan mengugut dan menyebarkan fitnah berkenaan dirinya.

Jelas pelantun lagu 'Luar Biasa' ini, wanita berkenaan juga individu yang memfitnahnya berkahwin. Mengulas lebih lanjut, Ismail mengakui tidak mengendahkan wanita tersebut namun individu berkenaan bertindak berani menghina ibu dan neneknya.

"Perkara ni pernah terjadi dekat saya tapi di Facebook. Saya rasa orang yang sama, pada awalnya saya tak kisah tapi sampai tahap dia buruk-burukkan keluarga saya.

"Hal ini lebih mencabar dan menyedihkan pada saya daripada gosip liar mengatakan saya dah kahwin sebab itu tak betul. Jadi cukup-cukuplah lemparkan tuduhan dan fitnah pada saya dan keluarga.

Klik untuk gambar besar



"Saya minta maaf kalau saya ada buat sebarang kesilapan, tapi apa-apapun saya dalam keadaan baik sekarang. Jadi awak boleh teruskan buat apa yang awak nak, saya tak tahu nama sebenarnya.

"Kalau sengaja nak burukkan dan lempar fitnah pada saya, saya harap boleh berhenti sebab ada banyak lagi perkara lain yang boleh membahagiakan diri," tuturnya.

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam itu berkata dia hanya menjadi diri sendiri ketika menjawab persoalan dilabel playboy oleh segelintir pihak.

"Saya sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana bila orang label saya playboy. Pada saya biarkan saja. Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Saya hanya jadi diri sendiri dan menikmati kehidupan saya.

"Ini adalah satu benda yang saya perlu hadap, jadi kalau saya ini playboy atau apapun, okaylah. Sebab akhirnya saya akan belajar atas kesilapan sendiri untuk jadi yang lebik baik kepada seseorang dan menjadi suami yang terbaik," katanya.

Sementara itu, disoal pula sama ada dia kini sudah mempunyai kekasih baharu, Ismail menjelaskan belum tiba masanya lagi untuk bercinta.

"Tunggu dulu. Saya rasa macam terlalu banyak yang terjadi sekaran dan bagi saya untuk masa sekarang saya nak luangkan masa bersama keluarga dan rakan.

"Saya tak menafikan ada berjumpa dengan orang lain cuma hanya untuk update pasal kehidupan. Tu saja. Saya nak tumpukan sepenuhnya kepada karier nyanyian saya khususnya pada tahun depan," jelasnya.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: