14 December 2022

UMUM BERHENTI MENYANYI - ASHIRA MOHON DIBERI RUANG: "TOLONG HORMAT KEPUTUSAN SAYA..."



"Menuju 2023, inilah masanya. 1999-2022 adalah satu perjalanan yang mencabar dalam hidup saya. Mana yang baik saya akan semat dalam lubuk hati yang paling dalam. Masa untuk tutup buku sekarang dan mulakan yang baru.


"Tolong hormat keputusan saya, biarkan saya hidup dengan kehidupan saya sendiri bersama anak dan keluarga tanpa mata-mata mereka yang mahu mencari perhatian.

"Saya Ashira Aziz undur diri sebagai public figure. Adios amigos (selamat tinggal kawan dalam bahasa Perancis). Bagi saya ruang please, saya ok," itulah kata penyanyi Ashira Aziz yang mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan industri seni nyanyian bermula tahun 2023.

Klik untuk gambar besar



Mengakui banyak cabaran sepanjang bergelar anak seni, Ashira, 38, meminta semua pihak agar menghormati keputusannya selain mahu memulakan kehidupan baharu bersama anak dan keluarga.

Berkongsi perkara tersebut menerusi beberapa hantaran di laman Instagram Stories miliknya baru-baru ini, pelantun lagu 'Di Ombak Resah' itu turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada seluruh peminat yang pernah menyokong kerjaya seninya bermula daripada dulu hingga kini.

"Tidak kisah jika ada sesiapa yang mahu unfollow saya, bye dua tipu-tipu. Terima kasih kepada semua terutama peminat saya yang sokong daripada dulu hingga kini. Maafkan saya sebab tidak meneruskan perjalan kerjaya seni ini," tambahnya.




________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: