14 December 2022

MAJLIS 'GENDER REVEAL' - SYURA BAKAL TIMANG ANAK LELAKI LAGI, ANAK-ANAK GEMBIRA IMPIAN TERCAPAI



Penyanyi Syura Badron baru-baru ini telah mengadakan majlis 'gender reveal' bagi mendedahkan jantina bayi dalam kandungannya, selepas mengumumkan bakal menimang cahaya mata pada Mac tahun depan.


Menerusi perkongsian video di laman Instagram, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron memaklumkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Berita gembira yang dikongsikan penyanyi berusia 36 tahun itu turut disambut dengan loncatan gembira daripada anak-anaknya yang memang mengharapkan ibu mereka mengandungkan bayi lelaki.

Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan rakan-rakan serta ahli keluarga pasangan tersebut. Melihat pada video tersebut, ia memaparkan beberapa tetamu bermain teka-teki tentang jantina anak sebelum Syura mendedahkan jawapan sebenar kepada tetamu.

Klik untuk gambar besar



Sebekum ini, Syura mengumumkan dia sedang hamil lima bulan selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga bersama suami, Muhd Farizat.

Untuk makluman, Syura pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Fadhly Md Yassin namun rumah tangga mereka berakhir dengan perceraian pada Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdina, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13 dan Muhammad Ifran Aryan, 11 tahun.










________ IKLAN ________

JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: