14 December 2022

AL-FATIHAH - ANITA JAAFAR KEMBALI KE RAHMATULLAH SELEPAS 21 HARI KOMA



Akibat jangkitan kuman dalam badan, bintang filem 'The Last Cannibal World' iaitu Anita Jaafar, 71, telah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, jam 10.55 pagi tadi.


Anaknya, Farina Jervoso mengesahkan berita pemergian bintang filem era 1970-an itu. Farina berkata, arwah ibunya dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 23 November lalu selepas batu dalam hempedu pecah.

"Belum sempat dikeluarkan, batu dalam hempedu pecah menyebabkan ia bernanah dan kuman mula merebak ke seluruh badan. Arwah dikejarkan ke HCTM dan ditempatkan di ICU.

"Keadaannya semakin kritikal dan doktor terpaksa ditidurkan. Beliau tidak sedarkan diri. Selepas genap 21 hari berada di hospital, arwah pergi meninggalkan kami, pagi ini," jelasnya.

Tambah Farina lagi, sebagai anak, tidak ada apa yang lebih menyedihkan apabila melihat ibunya pergi tanpa sepatah kata.

"Arwah memang tak sedarkan diri selepas dimasukkan ke hospital sehinggalah menutup mata. Sebagai anak, sudah tentu saya sedih kerana kita hanya boleh melihat dan memegangnya, tetapi apa sahaja perbuatan kita tidak mendapat maklum balas daripadanya.

"Arwah pergi dengan tenang di sisi anak-anak dan ahli keluarga lain," tutur Farina.

Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di HCTM sebelum dibawa ke Masjid Taman Kosas, Ampang disolatkan.

"Untuk mereka yang ingin menziarah arwah bolehlah datang ke Masjid Taman Kosas. Lokasi pengebumian akan dimaklumkan kemudian. Insya-Allah, jenazah arwah akan disemadikan selepas waktu Asar," katanya.

Allahyarham Anita meninggalkan sembilan cahaya mata, 13 cucu dan seorang cicit. Sepanjang hayatnya, arwah yang cukup popular sekitar 1970-an pernah membintangi filem Malaysia 5, Detik 12 Malam, Penyamun Si Bongkok, Boneka Permata, Kelana dan Semambu Kuning.

Anak kepada pelakon R Suriani dan bekas sub-editor, Jaafar Mohd Ali itu pernah melakar sejarah dalam kerjaya lakonannya apabila membintangi filem seram terbitan produksi, Itali berjudul The Last Cannibal World arahan Ruggero Deodato pada 1977.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: