14 December 2022

DAKWAAN HAMIL ANAK ANAK KEDUA - EMMA MAEMBONG 'KUNCI MULUT'



"Buat masa ini, saya tak nak cakap apa-apa. Sebabnya, saya dan suami pun masih mencuba. Kalau saya kata ya, tapi tidak ada (hamil), saya akan sakit. Sama juga kalau saya kata tak ada, kemudian tiba-tiba ada (hamil), saya 'happy' (gembira) dan tak semua orang akan gembira tengok kita 'happy'.


"Hal zuriat ni adalah satu hal yang sensitif. Cuma apa yang boleh saya katakan, saya memang mengharap sangat diberikan rezeki (hamil) dalam tempoh terdekat," itulah jawab pelakon Emma Maembong yang mengambil pendekatan tidak menafikan atau mengiyakan mengenai desas desus dirinya kini hamil anak kedua.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani berkata, dia memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu dan akan berkongsi kepada umum sekiranya hamil.

Sementara itu, Emma menjelaskan yang dia dan suami, Muhammad Shazli Azhar tidak pernah merancang soal cahaya dan menyerahkan sepenuhnya kepada rezeki.

Klik untuk gambar besar



"Dari dulu, sejak zaman bujang sampailah ada suami, memang saya nak anak ramai. Sesetengah orang mungkin nak satu, dua orang anak, tapi tidak bagi kami. Lepas pantang dulu pun, saya dah cub, 'let's go team bola!

"Tapi Allah Maha Besar, anak pun dah berusia dua tahun sekarang. Selagi belum ada (hamil lagi), saya tak nak cakap apa-apa," katanya. 

Untuk makluman, pelakon drama 'Nusyuz Berkiblat Cinta' itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, Emma dan suami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.








________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: