Pelakon Anita Baharom baru-baru ini dilaporkan bakal mengakhiri zaman ibu tunggal selepas hampir setahun memmegang status tersebut. Difahamkan, Anita bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya, Engku Isyamuddin Tuan Losin pada 22 Disember ini.
Majlis pernikahan pasangan itu dikatakan bakal berlangsung di sebuah dewan di Subang Jaya, Selangor. Sementara itu, majlis resepsi akan diadakan pada keesokan harinya di lokasi sama.
Untuk makluman, Anita pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Ismadi. Perkahwinan yang dibina lebih 16 tahun diuji apabila suaminya meninggal dunia pada 1 Januari lalu.
Ismadi meninggalkan Anita bersama tiga cahaya mata mereka, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Iskandar.
Klik untuk gambar besar
________ IKLAN ________
WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!
_______ IKLAN _________
________________________

No comments:
Post a Comment