10 December 2022

ANAK-ANAK SAYANG FUAD, PANGGIL BAPAK - TOM MOHON MAAF ISU FOTO MESRA DENGAN KEKASIH, AKUI JAHIL AGAMA



"Anak-anak saya sayang dia. Sayang sangat. Iyalah, Fuad ni cucu pun dia dah ada jadi dia pandai ambil hati budak-budak. Kalau saya tak kenal dia, saya takkan terus sayang dia.


"Disebabkan saya mengenalinya juga, saya berani untuk kenalkan kepada anak-anak. Lucunya anak-anak saya panggil dia bapak. Memang old school. Kalau awal-awal dulu mereka memang panggil uncle," tutur peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Tom yang berkata kedua-dua anak lelakinya iaitu Putera Adler Iesta dan Putera Evans Ezra senang dengan kekasihnya, Fuad Rahman.

Dalam pada itu, Tom memaklumkan, dia bakal bertemu dengan keluarga Fuad di Singapura minggu depan, selepas kekasihnya itu bertemu dengan keluarganya, baru-baru ini.

"Keluarga kami pun sebenarnya kenal satu sama lain. Dulu kami sama-sama penyanyi kelab dan pernah bersama-sama (bercinta) sebelum ini. Cuma hubungan kami ketika itu on-off.

Klik untuk gambar besar



"Ada banyak kejadian yang menyebabkan kami akhirnya terputus hubungan. Apa yang saya boleh kongsikan, dia pun dah berjumpa dengan keluarga saya, baru saja semalam dan minggu depan saya pun akan ke Singapura untuk jumpa keluarga Fuad," ujarnya.

Sementara itu, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, tampil membuat permohonan maaf menerusi Instastory miliknya, selepas menerima kecaman teruk netizen, ekoran foto mesra bersama Fuad tersebar.

Jelas Tom lagi, dia tidak sengaja melakukan perbuatan tersebut kerana sebelum ini berpelukan dengan lelaki adalah perkara biasa baginya.

"Saya minta maaf fasal gambar saya yang dah tersebar berpeluk mesra dengan lelaki. Tak sengaja. Sebelum ini bagi saya berpelukan dengan lelaki itu adalah perkara biasa dan normal. Saya dah lama hidup dalam keadaan terbuka macam itu," katanya.



Pada masa sama, Tom turut mengakui dia jahil bab agama membuatkan dia kurang arif tentang perkara yang tak sepatutnya dilakukan sebagai seorang wanita beragama Islam.

Kata Tom, sebelum ini dia tidak terlalu mengambil berat tentang soal agama membuatkan dia kurang arif soal halal dan haram. Tom memberitahu dia berniat untuk mendalami Islam agar dapat menjadi insan lebih baik pada masa akan datang.

"Kehidupan saya mungkin tak macam orang lain yang tahu halal dan haram. Salah saya tak ambil berat perkara itu sebelum ini... maaf sangat-sangat. Pada yang kurang senang tengok gambar dan video Tom sebelum ini, saya nak minta maaf.



"Saya sangat tak perasan benda macam itu tak dibolehkan sebagai orang Islam. Terus terang ilmu agama saya tak seberapa. Saya tak ambil berat sangat bab agama sebelum ini. Hidup saya sebelum ini terlalu terbuka antara lelaki dan perempuan. Saya jahil bab-bab ini.

"Saya pun teringin nak belajar bab-bab agama kerana selalu keliru tentang halal haram. Doakan saya supaya lebih tahu bab-bab halal haram selepas ini. Saya minta maaf," tuturnya.

Terdahulu, Tom dan Fuad mengaku sedang menjalinkan hubungan cinta selepas program GV9 berakhir. Penyanyi itu mendedahkan Fuad adalah cinta hati lamanya dan mereka pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2005 hingga 2010.

Untuk makluman, Fuad miliki dua orang cahaya mata menerusi perkahwinan pertama yang kini masing-masing berusia 16 dan 18 tahun. Manakala Tom pula pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan miliki tiga orang cahaya mata.



________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: