10 December 2022

TERPAKSA MOHON SUMBANGAN - ENOT AKUI MALU, BIMBANG DIKATAKAN CUBA AMBIL KESEMPATAN & DIPANDANG SERONG



"Saya sebenarnya malu untuk meminta kerana bimbang dikatakan cuba mengambil kesempatan dan dipandang serong masyarakat. Namun, saya tiada pilihan kerana tidak boleh bekerja untuk tempoh tiga bulan. Saya terpaksa membatalkan tawaran lakonan dengan keadaan begini.


"Saya harap tidak ada pihak yang salah anggap dan menuduh saya meminta-minta," ujar pelakon dan pelawak, Enot, 44, yang mengakui tidak mempunyai pilihan dan terpaksa merayu memohon bantuan daripada rakan-rakan artis secara peribadi apabila kehilangan sumber pendapatan selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh dalam tandas, Isnin lalu.

Kejadian itu menyebabkan tempurung lututnya pecah dan patah sekali gus menyebabkan Enot tidak dapat bekerja selama beberapa bulan termasuk terpaksa membatalkan tawaran kerja. Enot tidak menyangka perkongsian itu dimuat naik di media sosial oleh rakan artis.

Enot yang menjual sambal dan biskut bagi mencari pendapatan tambahan itu baru 20 hari berpindah ke Melaka untuk mencari peluang memulakan perniagaan di tempat baharu.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, penyampai radio dan pengacara, Sharifah Shahira menerusi laman Instagram miliknya telah memohon orang ramai memberikan sumbangan kepada Enot yang mengalami kecederaan itu, selain memaklumkan rakan artis itu bakal menjalani pembedahan tulang belakangnya yang terkena saraf.

Jelas Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, sudah lima hingga enam kali dia terjatuh dalam bilik air sebelum ini tetapi tidak cedera teruk, melainkan insiden terbaharu ini. Tambahnya lagi, tulang belakangnya juga bermasalah kerana terkena saraf dan berkemungkinan perlu dibedah.

"Buat masa ini, doktor mahu saya pantau dulu. Jika dalam tempoh lima hari lagi saya masih rasa kebas-kebas, barulah doktor periksa dan tentukan sama ada perlu dibedah atau tidak," katanya.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: