10 December 2022

PROGRAM GETARAN JIWA - ARUEL MUNCUL JUARA



Pentas akhir Getaran Jiwa (GJ) yang berlangsung di Stadium MBKS, Kuching, Sarawak, hari ini, telah menyaksikan peserta kelahiran Selangor, Aruel Ariel, 36, melakar kejayaan manis apabila muncul juara program tersebut dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi. 


Dalam persembahan itu, Aruel menyampaikan lagu 'Di Mana Kan Ku Cari Ganti' dan 'Gelora menerusi cabaran 'battle duo' bersama Santiana Ramli. Tempat kedua menjadi milik Santiana yang menyampaikan lagu 'Tari Tualang Tiga' sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 serta trofi.

Bagi Afif Tenor pula, dia berpuas hati berada di tempat ketiga dengan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 serta RM1,000 menerusi Anugerah GJ Pilihan Jiwa. Tempat keempat jatuh kepada Ameem,34, dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000. 

Persembahan setiap peserta dinilai melalui sistem pemarkahan yang terbahagi kepada 70 petatus oleh barisan juri profesional dan 30 peratus oleh juri awam yang mengundi di atas talian menggunakan 'Meter Jiwa'. 

Klik untuk gambar besar



Ia turut dinilai Datuk Nash selaku ketua juri serta Norafizah Busman sebagai juri tetap dan Faizal Tahir selaku juri jemputan.

Pada pentas penentuan juara GJ itu, ia turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi Mas Idayu yang bertindak sebagai Mami Jiwa Panas.

Dihoskan oleh Sissy Imann dan Jiggy, program terbitan TVS dengan sokongan kerajaan negeri Sarawak itu diinspirasikan oleh karya Seniman Agung Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma.

Pada acara akhir, penonton turut dihiburkan dengan persembahan istimewa Alena Murang, Winnie Albert, Carrie Geres, Safar Ghafar dan Hairee Francis.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: