09 December 2022

KONGSI FOTO BERSAMA SEORANG LELAKI, SIAP DIPELUK - NETIZEN KESAL LUAHAN PUTUS CINTA JANNA NICK HANYA GIMIK LAGU BARU



"Kesedihan, kekecewaan, segala luahan adalah benar dan penulisan lirik tulus dari hati yang pernah terluka," tulis pelakon Janna Nick menerusi laman Instagram dimana dia akhirnya berkongsi mengenai lagu terbaharu nyanyiannya, selepas memuat naik pelbagai kata-kata dan luahan menggambarkan dirinya seolah-olah sudah putus cinta.


Janna memberitahu lagu berjudul 'Mentari Setia' itu diilhamkan daripada hati yang pernah terluka. Bersama kapsyen tersebut, dia turut berkongsi foto dalam pelukan seorang lelaki yang tidak dikenali identiti.

Lagu terbaharunya Janna itu sudah boleh didengari menerusi saluran YouTube miliknya. Sehubungan itu, rata-rata netizen mendakwa kisah perpisahan Janna dengan kekasih hatinya iaitu pelakon Dini Schatzmann hanya sekadar gimik untuk mempromsikan lagu terbaharunya.

Dalam pada itu, mereka turut menegur tindakan Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, yang selesa di dalam dakapan seorang lelaki yang dipercayai bukan suaminya.

Klik untuk gambar besar



"Tak baik tipu kami Janna. Kira putus dengan Dini itu gimik nak keluar lagu baharu la kan." - "Elok sungguh lelaki peluk Janna itu, suami Janna ke? Kalau belum cepat halalkan." - "Janna memang nak kena kecam ke post gambar peluk lelaki, dah la tipu netizen. Sengaja mengundang Janna ni," antara komen-komen netizen.

Sebelum ini, hubungan Janna dan Dini menjadi teka-teki dalam kalangan peminat apabila hubungan mereka dikatakan sudah berakhir. Menambah spekulasi lagi apabila Janna membawa diri ke Eropah dipercayai untuk merawat hatinya yang luka.

Namun begitu, sehingga kini Janna dan Dini atau nama penuhnya Dini Azan Schatzmann, 28, masih lagi enggan memberi komen mengenai hubungan mereka.





________ IKLAN ________

JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: