09 December 2022

HIDAP 'NECROTISING PNEUMONIA' - MAFARIKHA BEREHAT MENYANYI SETAHUN, TIDAK BOLEH NAIK PESAWAT & BERCUTI DI TANAH TINGGI



Penyanyi Mafarikha yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Kajang pada 24 Oktober lalu kerana dijangkiti C0V1D tahap lima dan kemudiannya disahkan mengalami masalah pada bahagian paru-paru sehingga terpaksa berpuasa beberapa hari itu memberitahu, dia bakal berehat selama setahun dalam dunia nyanyian bagi memastikan bahagian paru-parunya benar-benar sembuh.


Mafa atau nama penuhnya Mafarikha Akhir, 29, berkata dia dinasihatkan oleh doktor untuk berehat kerana dalam proses penyembuhan selepas didiagnos menghidap penyakit necrotising pneumonia.

"Doktor kata saya masih lagi boleh menyanyi tetapi saya merancang untuk rehat selama setahun. Selepas lebih sebulan masuk wad, saya rasa lebih baik saya berehat lama untuk pulih sepenuhnya," tuturnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Dalam pada itu, Mafa meluahkan rasa syukur kerana diberikan umur yang panjang dan masih berpeluang bertemu dengan keluarga tercinta.

Klik untuk gambar besar



"Saya bersyukur kerana masih panjang umur dan dapat bertemu semula dengan keluarga. Ramai yang tidak tahu tentang penyakit yang dihidapi saya ini dan kadar risiko untuk maut juga tinggi. Jadi, saya bersyukur kerana masih bertahan," ujarnya.

Bagaimanapun, tambah Mafa, dia terpaksa berdepan dengan beberapa kesan sampingan selepas bertarung nyawa dengan penyakit itu. Menurutnya, dalam jangka masa sekurang-kurangnya setahun, beberapa pergerakannya terbatas dan tidak dibenarkan melakukan beberapa aktiviti.

"Ada beberapa perkara yang saya tidak boleh lakukan dalam masa setahun ini, antaranya melancong menaiki pesawat. Saya juga tidak boleh melakukan aktiviti renang dan tidak boleh bercuti di kawasan tanah tinggi," jelasnya.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: