09 December 2022

DEDAH PERKAHWINAN KEDUA HANYA BERTAHAN 6 BULAN - FUAD TEGAS TOM BUKAN PERAMPAS, PUNCA BERCERAI



"Saya dan isteri sudah lebih tiga bulan tidak bersama... sekarang dalam proses untuk urusan perceraian di mahkamah. Jadi tak timbul isu kononnya Tom menjadi punca saya bercerai. Perkahwinan kedua saya hanya bertahan enam bulan sahaja.


"Kami sepakat untuk bercerai kerana tiada lagi keserasian dalam rumah tangga," demikian kata penyanyi Fuad Rahman yang menegaskan Tom bukan seorang perampas dan punca dia dan isteri mahu bercerai hanya selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Fuad atau penuhnya Mohamed Fuad Abdul Rahman, 43, berkata, dia dan isteri sepakat untuk bercerai kerana sudah tidak mempunyai keserasian sebagai suami isteri malah mereka sudah lebih tiga bulan tidak tinggal bersama.

Perkara itu didedahkan Fuad selepas Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, mengakui mereka sedang menjalinkan hubungan cinta sejak seminggu lalu.

Klik untuk gambar besar



Tom turut mendedahkan Fuad sebenarnya adalah bekas teman lelakinya dan cinta mereka kembali bertaut selepas 12 tahun berpisah dan tidak menyangka kembali bertemu ketika sama-sama menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Dalam pada itu, penyanyi asal Singapura ini berkata, dia tampil menjelaskan salah faham itu kerana ada dalam kalangan netizen yang menuduh mereka tidak menjaga batas hubungan meskipun masih bergelar suami orang.

Enggan menimbulkan fitnah dalam kalangan peminat, Fuad berkata, dia dan Tom sepakat mendedahkan mereka kini sedang bercinta selepas tular video memperlihatkan aksi mereka berdua.

"Orang boleh bercakap apa sahaja kerana mereka tidak tahu hal sebenar. Bekas isteri saya pun tahu hal ini dan dia berharap urusan kami berdua dapat diselesaikan segera.

"Saya terbuka untuk beritahu sedang bercinta kerana tidak mahu ada salah anggap... mungkin selepas ini orang akan nampak kami bersama, jadi tiada lagi tanda tanya," jelasnya.

Mengenai perkahwinan keduanya pada April lalu, Fuad bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menganggap jodohnya dan isteri tidak panjang.

Untuk makluman, menerusi perkahwinan pertama Fuad, dia dikurniakan dua orang cahaya mata yang kini masing-masing berusia 16 dan 18 tahun. Manakala Tom, dia pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan mempunyai tiga orang cahaya mata.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: