"Apa yang dilakukan Janna adalah kehidupan peribadinya. Personal dia adalah personal dia, dan personal saya adalah personal saya. Maaf saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara ini," ujar pelakon Dini Schatzmann ketika ditanya mengenai status hubungannya dengan pelakon Janna Nick yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.
Menjawab mengenai perkara itu, Dini atau nama penuhnya Dini Azan Schatzmann, 28, berkata luahan hati Janna adalah hal peribadi yang tiada kaitan dengan dirinya.
Dalam pada itu, Dini juga enggan mengulas dakwaan kononnya kisah 'putus cinta' itu merupakan gimik untuk lagu baharu nyanyian Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner.
Klik untuk gambar besar
Menurut Dini, tujuannya hadir pada pagi ini adalah semata-mata untuk majlis pelancaran Nestle dan dia enggan menjawab soalan yang berkaitan peribadi. Pelakon 'Cik Reen dan Encik Ngok Ngek' itu hanya berlalu pergi ketika disoal mengenai status terkini hubungannya dengan Janna.
"Maaf, saya hadir hanya untuk acara ini dan tidak mahu menjawab sebarang soalan yang berunsur peribadi," tuturnya.
Baru-baru ini, Janna menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat apabila dikatakan hubungan cintanya bersama Dini sudah berakhir. Pelakon wanita itu dikatakan membawa diri ke luar negara untuk menenangkan fikiran dan tidak lagi mengikuti akaun Instagram teman lelakinya itu.
________ IKLAN ________
WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!
_______ IKLAN _________
________________________

No comments:
Post a Comment