09 December 2022

"JANGAN JADI BAHAN CEMUHAN ORANG RAMAI..." - AZHAR SULAIMAN ULAS ISU ANAK PAKAI SEKSI, MINTA LEONA JADI BIJAK



"Wahai Leona, sesetengah orang sengaja tunggu awak buat hantaran dengan baju seksi dan kutuk awak, saya serta keluarga kita. Jadi jangan jadi bahan cemuhan orang ramai dengan segala baju seksi awak.


"Be smart Leona, jangan terpedaya dengan godaan!" itulah tulis pelakon Azhar Sulaiman menerusi laman Instagram miliknya dimana dia menitipkan pesanan buat anak gadisnya, Kasih Iris Leona berhubung isu dikecam pakai seksi.

Umum mengetahui, Leona kini berada di United Kingdom, London untuk menyambung pengajian di sana. Meskipun berada jauh dari Malaysia, namun perkongsian Leona sering menjadi perhatian ramai apatah lagi sering memuat naik video dan gambar berpakaian seksi.

Klik untuk gambar besar



Dalam hantaran itu, Azhar turut meminta Leona jangan mudah tergoda dengan nafsunya untuk memakai pakaian seksi.

Bagaimanapun, perkongsian Azhar itu telah pun dipadam. Tidak pasti sebab mengapa pelakon tersebut memadam teguran yang dibuat untuk anaknya itu.

Untuk makluman, Azhar berharap anaknya itu akan tampil dengan imej baharu sebalik pulang ke Malaysia selepas 3 tahun disana.



________ IKLAN ________

JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: