09 December 2022

MUKA & BADAN BENGKAK - DJ LIN TAK SANGKA ALAHAN UBAT SAKIT BERI KESAN TERUK



Berdepan situasi mencemaskan apabila wajah dan badannya bengkak teruk akibat alahan terhadap ubat tahan sakit, penyampai radio Suria FM iaitu DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid berkata, dia tidak menyangka bahawa ubat tersebut mampu memberi kesan seteruk itu kepada tubuhnya.


"Semalam, memang saya ada beberapa mesyuarat dan selepas itu, mula sakit kepala. Selalunya, saya ambil ubat tahan sakit yang selalu saya makan. Tapi kebetulan semalam, ubat itu tak ada dan saya makan ubat tahan sakit jenis berbeza.

"Tak lama selepas itu, muka saya mula rasa panas dan tak selesa sebelum beberapa bahagian di muka saya mula bengkak terutamanya di bahagian mata. Lebih kurang jam 6 petang, saya dah tak tahan sangat dan terus ke klinik yang tak jauh dari pejabat.

"Selepas membuat pemeriksaan, doktor berikan suntikan dan beberapa ubat," tutur DJ Lin yang turut memberitahu kesan ubat yang diberikan doktor itu juga membuatkannya terpaksa berehat di pejabat.

"Doktor beritahu, ubat suntikan itu akan membuatkan saya mengantuk. Jadi, selepas selesai urusan di klinik, saya kembali ke pejabat untuk berehat.

Klik untuk gambar besar



"Bila kakitangan saya kejut, barulah saya tersedar dan waktu itu dah hampir jam 12 tengah malam. Jadi, disebabkan alahan dan kesan ubat ini, saya tak dapat bersiaran semalam," katanya.

Hari ini, kesan bengkak dan kemerah-merahan akibat alahan itu mula pulih. Lin turut mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang memberi pelbagai saranan di samping doa.

"Alhamdulillah, hari ini bengkak dah mula surut sedikit. Apa pun, saya ingin ucapkan terima kasih kepada peminat dan pendengar Suria FM yang menulis komen di media sosial, mendoakan serta memberi cadangan tempat berubat.

"Saya baca setiap komen itu dan insya-Allah, setiap perkongsian mereka juga sangat berguna bukan saja untuk saya, tetapi juga untuk orang lain yang mengalami situasi sama," katanya.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: