22 December 2022

"ASYIK DIASAK DENGAN SOALAN BILA NAK ADA ANAK?" - ZULIN AZIZ AKUI PERNAH KEGUGURAN, TAPI TAK BERHENTI BERUSAHA



"10 bulan usia perkahwinan kami, asyik diasak dengan soalan bila nak ada anak? Kami pun macam pasangan yang lain, pastinya ingin zuriat. Kami tak pernah berhenti berusaha. Mohon doa yang baik-baik buat kami ya? Penantian harus ada kesabaran kan?


"Sebab tu kalau ada masa kami luangkan waktu pergi honeymoon. Kualiti masa bersama," itulah kata pelakon, penyanyi dan pengacara Zulin Aziz yang mengakui dia dan suaminya kerap menerima pertanyaan soal zuriat semenjak mereka berkahwin.

Usia perkahwinan sudah mencecah 10 bulan, Zulin yang pernah mengalami keguguran pada Ogos lalu itu berkata dia juga sama seperti pasangan suami isteri yang lain dimana mereka semestinya mahukan cahaya mata.

Klik untuk gambar besar



Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di TikTok, Zulin memberitahu, dia dan suaminya iaitu Farhan Norzaini tidak pernah berhenti berusaha untuk mendapatkan anak.

Malah, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz akan sentiasa memastikan dia dan suami pergi berbulan madu setiap kali mempunyai masa terluang.

Rata-rata pengguna laman sosial turut berkongsi pengalaman yang sama dan mendoakan Zulin dan pasangan suami isteri yang lain dikurniakan cahaya mata.



"Yang baru sebulan kahwin pun orang asyik tanya. Anak tu kan rezeki Allah, Allah akan bagi bila kita mampu dan bersedia." - "Setahun dua kahwin saya pun mudah sensitif. Sekarang dah lapan tahun serah pada Allah saja… nak melawan mulut manusia, tak guna," antara komen-komen pengguna laman sosial.

Sebelum ini, Zulin memaklumkan dirinya alami keguguran buat kali pertama selepas menerima banyak soalan berhubung anak ketika membuat video siaran langsung di TikTok miliknya pada Ogos lalu.

Untuk makluman, Zulin, 33, sah bergelar isteri kepada pasangannya, Farhan Norzaini, 35, dengan sekali lafaz dalamajlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 19 Februari lalu.




________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: