23 December 2022

SYAMSUL YUSOF MAHU SAMAN JAWI RM10 JUTA - PUTERI SARAH: "TIBA NAK SAMAN, UNTUK APA?... MENGAKU JELAH"



"Saya saman pihak Jawi RM10 juta kerana telah menyebar kenyataan tidak benar, fitnah dan palsu pada keluarga saya bahawa saya telah berkahwin lagi. Ya ianya fitnah. Thank you."


Demikianlah tulis pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof, 38, menerusi muat naik di Instagram (IG) Story miliknya dimana dia memaklumkan akan mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadapnya keluarganya bahawa dia sudah berkahwin lagi.

Dalam pada itu, Syamsul ketika diminta memberikan penjelasan berhubung kenyataan itu berkata, tindakan itu adalah disebabkan pihak terbabit didakwa membongkar maklumat peribadi yang dianggap sebagai satu fitnah terhadap dirinya.

"Saya sudah berbincang dengan peguam saya. Kami akan saman Jawi sebanyak RM10 juta kerana kenyataan fitnah terhadap saya. Jawi telah memberikan maklumat tidak benar kepada ahli keluarga saya sedangkan ia tidak benar," jelasnya yang dipetik sebagai kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Dipercayai dokumen tersebut mempunyai kaitan dengan kemelut rumah tangga Syamsul dan isteri yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana, 37, yang turut melibatkan orang ketiga iaitu Ira Kazar.

Sementara itu, Syamsul turut memberitahu, dia juga akan mengambil tindakan susulan berhubung perkara itu dan dia sendiri bakal memaklumkan mengenainya dalam masa terdekat.

"Perkara tersebut adalah dokumen rasmi kerajaan. Saya perlu ambil tindakan. Setakat ini itu sahaja. Selanjutnya saya akan maklumkan kemudian," katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah menerusi IG Story miliknya pula telah tampil mempersoalkan tindakan saman yang mahu diambil suaminya itu terhadap Jawi.



Puteri Sarah sebaliknya menuntut agar Syamsul menjelaskan perkara sebenar yang sedang berlegar-legar tentang dirinya bagi mengelak sebarang kemusykilan.

"Benda macam ini tiba-tiba muncul. Tiba-tiba nak saman untuk apa? Benda baik itu umumkan sebelum menimbulkan fitnah dan prasangka buruk daripada keluarga sendiri.

"Jadi betullah gosip itu? Ok mengaku sajalah kan. Inilah masanya untuk anda mengaku segalanya," ujar Puteri Sarah yang mengulas mengenai perkara itu.

Untuk makluman, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.




________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: