23 December 2022

"BUKAN TAK HORMAT TAPI SEBAB TERLALU PANIK" - FIEQA ATNM2 BUAT LAPORAN POLIS, TERIMA PELBAGAI UGUTAN



"Kecaman netizen sangat teruk sampai melibatkan ibu bapa saya. Saya terima segala kritikan dan tak kisah dikecam tapi kecaman netizen terhadap saya itu sangat melampau sehingga mengganggu mental saya. Memang banyak kecaman saya terima di DM... tapi saya tak baca semua, ibu bapa saya yang banyak baca DM netizen.


"Kalau saya baca, mungkin boleh merosakkan mental saya," itulah kata peserta All Together Now Malaysia musim kedua (ATNM2), Fieqa yang mendedahkan dia menerima ugutan daripada netizen yang memintanya untuk terjun dari bangunan selain menggelarkannya sebagai pelacur.

Selepas video dia dikatakan bersikap biadab menjadi tular, Fieqa atau nama sebenarnya Nur Afiqah, 16, telah menerima pelbagai kritikan dan kecaman.

Bersyukur keluarga dan rakan memberi sokongan, Fieqa turut memaklumkan dia dan keluarganya sudah membuat laporan polis terhadap netizen yang kecam secara melampau.

"Saya bersyukur ada keluarga dan kawan-kawan yang memberi sokongan... itu yang buat saya kuat sekarang. Keluarga saya pun sudah mengambil tindakan terhadap netizen yang melampau.

Klik untuk gambar besar



"Kami sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bangi pada semalam. Ada netizen yang menggunakan akaun betul dan palsu untuk kecam saya," ujarnya.

Sementara itu, Fieqa tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku ketika program tersebut, selain memohon maaf atas tindakannya. Jelas Fieqa, dia tiada niat untuk memberi jawapan begitu namun reaksi spontan yang diberikan itu disebabkan terlalu gemuruh.

"Sebenarnya saya tak ada niat pun nak jawab begitu. Apa yang saya cakap itu keluar secara spontan. Bahasa tubuh saya itu bukan sebab tak hormat tapi sebab terlalu panik.

"Mungkin juri-juri nampak saya seperti biadab tapi jauh di sudut hati saya tak macam tu pun. Saya gementar dan terkejut bila ditanya oleh juri," tuturnya.

Dalam masa sama, Fieqa turut mengakui dia berasa gementar kerana pertama kali menyertai pertandingan seperti itu dan tidak pernah menyanyikan lagu 'Ku Milikmu' (Datuk Seri Siti Nurhaliza).

"Ini kali pertama saya masuk pertandingan yang besar dan berdepan dengan 50 juri membuatkan saya bertambah gementar dan panik. Sebelum ini saya pernah masuk pertandingan kecil dan biasa saja. Lagu Ku Milikmu itu pun kali pertama saya menyanyikan," ujarnya.

Terdahulu, tindakan Fieqa menjawab pertanyaan salah seorang juri, Catriona Ross dengan nada yang dianggap biadab serta bahasa tubuh seperti tidak berpuas hati mengundang kemarahan netizen.

Sungguhpun ketegangan berlaku antara Fieqa dan Catriona, namun kedua-duanya dilihat telah bertemu secara empat mata bagi memperbetulkan keadaan yang panas.


________ IKLAN ________

JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: