23 December 2022

BERHASRAT BUAT IVF DAPATKAN ANAK KEMBAR - WAWA ZAINAL MAHU LENGKAPKAN JUMLAH AHLI KELUARGA BESAR



Bagi melengkapkan jumlah ahli keluarga besar yang diinginkan, pelakon dan usahawan berjaya iaitu Wawa Zainal, 31, telah berhasrat untuk melakukan persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai ikhtiar mendapatkan anak kembar.


Dalam masa sama, Wawa yang kini mempunyai empat anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan itu meluahkan rasa syukur apabila kehidupan rumah tangga yang dibinanya bersama pelakon Aeril Zafrel semakin bahagia dan memasuki tahun ke-12 perkahwinan.

"Saya memang inginkan keluarga besar dan jumlah yang ditetapkan ialah enam anak. Ia sesuatu yang amat saya impikan. Tapi bukanlah mudah nak mengandung, bersalin dan berpantang jaga anak.

"Banyak faktor yang kita kena tengok. Usia pun bukan lagi muda dan sekarang pun saya cepat penat. Namun, Insya-Allah tiga atau empat tahun lagi mungkin saya akan mengandung lagi dan nak anak kembar. Saya sedar ia berisiko tapi saya akan cuba.

Klik untuk gambar besar



"Alhamdulillah, kami melayari rumah tangga dengan aman. Tiada isu yang buat kami sampai bergaduh teruk. Saya juga tak uruskan karier suami kerana nanti dikata 'queen control'.

"Kami juga dah melalui fasa lima tahun dan 10 tahun perkahwinan. Sekarang kami memang dah jarang bergaduh. Kalau bergaduh pun setakat gaduh kecil dan kami tahu kendalikan.

"Dalam rumah tangga kena bertolak ansur satu sama lain. Kami pun jarang rujuk masalah dengan sesiapa termasuk keluarga," tuturnya ynag dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.






________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: