23 December 2022

POLIS SAHKAN TIGA INDIVIDU YANG MENDEKATI DOLLA ITU POLIS SEBENAR, SEDANG JALANKAN TUGAS



Penyanyi kumpulan wanita iaitu Dolla sebelum ini telah berkongsi rasa cemas menerusi laman Twitter dimana mereka mendakwa telah ditahan oleh tiga individu yang disyaki menyamar sebagai anggota polis selepas selesai membuat latihan menari atau dance rehearsal.


Dalam hantaran tersebut, Dolla yang terdiri daripada empat gadis iaitu Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya berkata, tiga lelaki berkenaan turut mengambil gambar kad pengenalan mereka tanpa kebenaran.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan dalam kenyataan di sini berkata, sebaliknya ketiga-tiga individu itu adalah anggota polis sebenar dan sedang menjalankan tugasan pemantauan dan rondaan cegah jenayah.

Klik untuk gambar besar



"Ketiga-tiga anggota polis itu sedang membuat pemantauan kegiatan ops pusat hiburan dan rondaan cegah jenayah di kawasan pentadbiran Puchong Jaya.

"Mereka memperkenalkan diri sebagai polis dan menunjukkan kad kuasa sebelum meminta kad pengenalan empat wanita terbabit untuk membuat semakan rekod jenayah.

"Tindakan berkenaan diambil selepas mendapati empat wanita itu berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan pada 11.30 malam dan mereka kemudian dibenarkan beredar dari lokasi selepas pemeriksaan polis tidak menemui sebarang kesalahan dilakukan," katanya.



Menurut A Anbalagan, ketiga-tiga individu berkenaan telah memperkenalkan diri mereka sebagai polis dan menunjukkan kad kuasa sebelum meminta kad pengenalan setiap ahli kumpulan Dolla untuk membuat semakan rekod jenayah.

Tindakan itu diambil selepas mendapati empat wanita itu berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan pada 11.30 malam dan kemudiannya dibenarkan beredar dari lokasi selepas pemeriksaan polis tidak menemui sebarang kesalahan dilakukan.

Dalam pada itu, A Anbalagan berkata, Dolla diminta untuk tampil bagi membantu siasatan bagi menentukan sama ada terdapat kesalahan semasa menjalankan tugas.



________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: