23 December 2022

PEGUAM SIVIL BERPENDAPAT SYAMSUL YUSOF TIDAK BOLEH TENTUKAN JUMLAH SAMAN, PERLU BUKTI DIFITNAH



"Jumlah RM10 juta tidak boleh ditentukan Syamsul. Ini kerana mahkamah yang bakal menentukannya. Seterusnya, kena tengok apa maklumat peribadi yang dibocorkan. Jika maklumat dibocorkan membabitkan dokumen seperti saman dan pernyataan tuntutan dalam mahkamah, tindakan Syamsul tidak berasas kerana ia dianggap dokumen awam."


Demikian kata peguam sivil dari Tetuan Mohd Amin, Ng & Associates, Hafez Zalkapli yang berpendapat pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof tidak boleh menentukan jumlah saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Ini kerana kata Hafez, ia berikutan jumlah saman hanya boleh ditentukan oleh pihak mahkamah. Sehubungan itu, Hafez turut menjelaskan, terdapat dua jenis maksud dalam ayat fitnah iaitu bermaksud biasa atau tersurat. Hafez berpendapat, Syamsul perlu membuktikan ayat sebenar digunakan oleh JAWI.

Klik untuk gambar besar



"Pertama, Syamsul perlu membuktikan dirinya difitnah. Sekiranya tiada, maka tiada kausa tindakan. Kedua, Syamsul perlu membuktikan fitnah disiarkan oleh pihak berkenaan.

"Syamsul mesti membuktikan kenyataan fitnah itu sama ada, merendahkan reputasi dan statusnya di kalangan masyarakat, menyebabkannya dijauhi dan dihindari sehingga diperlekehkan, dibenci serta diperolok-olokkan.

"Dan sama ada fitnah itu mencadangkan dia seorang yang tidak berkredibiliti dan tidak jujur dari segi motif dan tindakan serta tidak berintegriti.

"Ia perlu dinyatakan dalam tuntutan samannya. Mahkamah akan menentukan maksud perkataan berdasarkan ujian objektif, tertakluk kepada konteks, keadaan persekitaran, penyiaran dan keseluruhan kenyataan yang dibuat," ujarnya.

Sebelum ini, Syamsul bakal mengenakan tindakan saman berjumlah RM10 juta terhadap JAWI yang didakwa membongkar maklumat peribadi yang disifatkan fitnah.

Ia dipercayai membabitkan dokumen berkaitan kemelut rumah tangga Syamsul bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana yang turut membabitkan orang ketiga yang didakwa sebagai perosak rumah tangga mereka, Ira Kazar.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: