23 December 2022

DITENDANG KUDA - ASHRAF MUSLIM SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN SELEPAS LEBIH DUA MINGGU TAHAN SAKIT



"Selepas kejadian tersebut saya rasa okey sahaja. Bagaimanapun tidak lama kemudian bahu saya membengkak dan pergerakan menjadi sukar. Apabila melakukan pemeriksaan X-ray tulang bahu saya dislocated (tulang terkehel atau beralih) dan terpaksa menjalani pembedahan.


"Syukur segalanya berjalan lancar dan sekarang saya masih berada di hospital... masih terasa sakit akibat kesan jahit pembedahan tersebut," jelas pelakon Ashraf Muslim yang selamat menjalani pembedahan akibat kecederaan pada tulang bahu kiri di Pusat Pakar Perubatan Universiti Malaya (UMSC), Kuala Lumpur pada Khamis.

Menurut Ashraf atau nama penuhnya Muhd Ashraf Muslim, 41, dia terpaksa melakukan prosedur tersebut susulan kejadian ditendang kuda ketika menyertai sebuah program perlumbaan di Penn Endurance Cherating Beach pada awal Disember lalu.

Tambah Ashraf, selepas pembedahan, dia perlu menjalani latihan fisioterapi bagi memastikan keadaan bahunya kembali pulih seperti biasa. Dalam masa sama, Ashraf juga belum pasti tempoh penyembuhan dan waktu sesuai untuk dia kembali berlakon dan melakukan aktiviti sukan berkuda seperti sebelum ini.

Klik untuk gambar besar



"Seperti biasa selepas pembedahan akan ada sesi fisioterapi untuk pastikan keadaan bahu saya boleh bergerak dengan baik. Mujurlah sekarang saya tidak terlibat dengan sebarang penggambaran.

"Namun ada juga yang memberi tawaran berlakon. Saya pun tak tahu nak jawab bagaimana memandangkan belum tahu berapa lama akan pulih. Kalau boleh memang nak segera pulih agar dapat bekerja seperti biasa dan saya boleh kembali bersukan," ujarnya.

Sebelum ini, Ashraf menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya ada berkongsi mengenai insiden itu dan memaklumkan dia tidak dapat menyelesaikan perlumbaan 40 kilometer itu. Ashraf berkata, dia terjatuh dan ditendang oleh kuda sebanyak dua kali.








________ IKLAN ________

PAYDAY SALE 25 DISEMBER KEMBALI LAGI, JOM INTAI & BOOKING - - Dapatkan barangan mahal seperti telefon Vivo (RM889), Vacuum (RM999), Air Fryer (RM399) & banyak lagi dengan harga RM25 je. Malah banyak lagi potongan diskaun KAW KAW dalam jualan Payday Shopee 25 Disember ini.

Untuk info, Min masa Payday sale 25/11 dapat bantal besar & padu (RM189) dengan harga RM25 je. 👍 Sib baik Min booking awal & klik pantas sebaik jam 12 malam. 😍








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: