24 December 2022

"SAYA PELIK DENGAN TINDAKAN SYAMSUL" - YUSOF HASLAM DOAKAN TERBAIK, HARAP SYAMSUL TAK KERUHKAN KEADAAN



Semua sedia maklum mengenai isu Syamsul Yusof yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan di laman Instagram miliknya dimana dia mahu menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadapnya.


Berhubung hal tersebut, bapa kepada Syamsul iaitu pelakon, pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam menerusi kiriman aplikasi WhatsApp bagaimanapun tetap dengan keputusan tidak mencampuri urusan anaknya.

Namun begitu, Yusof berharap tindakan Syamsul memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bernilai RM10 juta tidak akan mengeruhkan lagi keadaan.

"Saya pelik dengan tindakan Syamsul. Namun, tak perlulah saya mengulasnya. Cuma sebagai orang tua, saya berharap tindakan Syamsul tidak akan mengeruhkan keadaan. Saya dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul," tuturnya yang dipetik sebagai berkata kepada Berita Harian.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu dipercayai berang dan bakal mengenakan tindakan saman terhadap JAWI berikutan mendakwa membongkar maklumat peribadi yang disifatkan fitnah.

"Saya sudah berbincang dengan peguam mengenai satu perkara. Dipendekkan cerita, saya akan saman JAWI sebanyak RM10 juta kerana sudah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap saya. Ia tidak benar. Mereka memberi maklumat tidak benar kepada ahli keluarga saya, sedangkan palsu dan fitnah," katanya.

Ia dipercayai dokumen berkenaan berkaitan kemelut rumah tangga Syamsul bersama isterinya, pelakon Puteri Sarah Liyana yang turut membabitkan orang ketiga didakwa sebagai perosak rumah tangga mereka, Ira Kazar.

Untuk makluman, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.





________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: