Pelakon Wawa Zainal baru-baru ini telah meluahkan hasratnya dimana dia mahu menambah anak bagi memeriahkan lagi keluarganya, biarpun sudah memiliki empat orang cahaya mata.
Bahkan perkara tersebut diambil serius olehnya dan suami, pelakon Aeril Zafrel dan mereka akan melakukan persenyawaan in-intro (IVF) sebagai ikhtiar mendapat anak kembar.
"Insya-Allah tiga atau empat tahun lagi mungkin saya akan mengandung lagi dan nak anak kembar. Saya sedar ia berisiko tapi saya akan cuba," katanya sebelum ini.
Bagaimanapun, ada sesetengah netizen mempunyai pandangan yang berbeza dengan Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin dimana mereka tampil mempertikaikan hasratnya itu.
Klik untuk gambar besar
Ini kerana menurut sesetengah netizen, biarpun mempunyai rezeki lebih untuk melakukan IVF, lebih baik pelakon terbabit memberi sedekah kepada pasangan yang mahu dikurniakan anak, namun tidak mampu untuk melakukan rawatan tersebut kerana terlalu mahal.
Dalam masa sama, ada yang merasakan seandainya Wawa dan Aeril mampu untuk mendapat zuriat, tidak perlu melakukan rawatan tersebut kerana seakan-akan tidak bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T.
Biarpun sesetengah netizen mempersoalkan tindakan pasangan tersebut, ada juga yang menyebelahi mereka dengan berkata, seandainya Wawa mempunyai rezeki lebih, tidak salah untuk wanita tersebut mencuba.
________ IKLAN ________
Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.
Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.
Beli kat offical store je..!
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment