22 December 2022

"TAK BERDOSA PUN KAMI BERKAHWIN AWAL WALAUPUN BERGELAR IBU TUNGGAL KURANG SETAHUN" - ANITA BAHAROM



Semua sedia maklum, pelakon Anita Baharom baru sahaja melangsungkan pernikahan kali keduanya bersama Engku Isyamuddin Tuan Losin yang diadakan di Garden Hall, Bizmilla One City, Subang Jaya pada pagi Khamis.


Anita bagaimanapun tidak melihat keputusannya bernikah buat kali kedua kurang setahun selepas kematian Allayarham suami, Mohd Ismadi Ismail pada 1 Januari lalu, sebagai satu dosa.

Pelakon berusia 39 tahun itu sebaliknya berkata, dia tidak mahu menunggu lama bagi menghalalkan perkara baik selain ia dapat mengelak fitnah daripada orang lain.

Klik untuk gambar besar



"Tak berdosa pun kami berkahwin awal walaupun baru bergelar ibu tunggul dalam tempoh kurang setahun. Buat apa nak tunggu lama-lama untuk halalkan perkara yang baik.

"Tiada masalah dan tidak berdosa pun untuk kami bernikah. Alhamdulillah Allah SWT permudahkan semua urusan kami untuk hari bahagia ini," ujarya yang dipetik sebagai kepada mStar

Dalam pada itu, Anita mendedahkan dia tidak berfikir panjang menerima lamaran Isyamuddin yang melamarnya pada hari kelahiran ahli perniagaan itu pada 19 Oktober lalu, apatah lagi tiga anaknya memberi respons positif terhadap hasratnya mendirikan rumah tangga.



"Pengalaman lepas sangat indah dan saya percaya Allah beri peluang kedua ini untuk mengindahkan lagi kehidupan. Semoga saya menjadi isteri mithali dan saling berpegangan tangan dengan suami untuk ke syurga bersama anak-anak kami," tuturnya.

Bercakap soal zuriat pula, Anita tidak menolak sekiranya diberikan rezeki menimang cahaya mata memandangkan suaminya seorang penyayang dan tidak kekok menguruskan anak-anak.

"Dia sangat penyayang dan hubungan dengan anak-anak saya pun memang akrab. Soal anak kami berlapang dada sekiranya diberi rezeki dan yakin suami dapat menjadi seorang bapa yang baik," katanya.



________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: