30 December 2022

BABY SHIMA: "DI MALAYSIA MEREKA HALAU SAYA PERGI INDONESIA... BILA CAKAP KITA ADA KTP, DIPERSOALKAN PULA"



"Apabila saya berada di Malaysia, mereka halau saya dan suruh saya pergi Indonesia. Bila kita cakap ada KTP, dipersoalkan pula. Apa yang mereka mahukan sebenarnya? Atau mereka sebenarnya tidak boleh lupakan saya?" demikian soal penyanyi dangdut, Baby Shima.


Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai Baby Shima apabila didakwa memiliki dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Indonesia. Menerusi satu video tular di TikTok, Shima menjawab pertanyaan hos program di Indonesia mengenai keinginan menjadi warganegara itu.

Shima kemudian menjawab dia sudah menjadi rakyat Indonesia sambil mengeluarkan kad pengenalan atau Kartu Tanda Pendudukan (KTP). Berhubung hal tersebut, Baby Shima yang kini berada di Indonesia enggan mengulas, sebaliknya berkata dia sayangkan Malaysia dan juga negara seberang itu.

Sementara itu, Shima berkata individu yang memuat naik video rakaman temu bual itu di TikTok itu seolah sengaja mahu mengenakannya. Malah, Shima turut hairan netizen masih mengambil tahu tentang dirinya sedangkan tidak suka.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Shima berkata demi kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi, dia akan berada di Malaysia dan Indonesia kerana perlu berulang alik di kedua negara.

"Saya akan sentiasa berulang alik antara Malaysia dan Indonesia kerana perlu memenuhi undangan. Buat masa ini, saya berada di Jakarta kerana terbabit dengan persembahan untuk program ambang tahun baharu.

"Baru dua minggu sudah saya pulang kerana ada 'show' di Seremban, Negeri Sembilan. Selagi masih diperlukan, saya akan terima sahaja tawaran yang datang tidak kisah sama ada di Indonesia atau Malaysia," katanya.


________ IKLAN ________

PAYDAY SALE 25 DISEMBER KEMBALI LAGI, JOM INTAI & BOOKING - - Dapatkan barangan mahal seperti telefon Vivo (RM889), Vacuum (RM999), Air Fryer (RM399) & banyak lagi dengan harga RM25 je. Malah banyak lagi potongan diskaun KAW KAW dalam jualan Payday Shopee 25 Disember ini.

Untuk info, Min masa Payday sale 25/11 dapat bantal besar & padu (RM189) dengan harga RM25 je. Sib baik Min booking awal & klik pantas sebaik jam 12 malam.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: