02 December 2022

BEKAS SUAMI MASUK ICU AKIBAT SERANGAN JANTUNG - JASMIN HAMID DATANG MELAWAT, AKUI MASIH BERKAWAN BAIK



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Jasmin Hamid memaklumkan dia berkesempatan melawat bekas suaminya iaitu Ian Rashid di hospital selepas menerima khabar duka dimana bekas suaminya itu kini sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) kerana serangan jantung.


Kata Jasmin atau nama sebenarnya, Jasmiah Abdul Hamid, 49, dia bersama suaminya iaitu Nazmir Abd Rahim berkesempatan melawat Ian di hospital selepas menerima khabar duka itu.

"Saya dah suami pergi menziarahi bekas suami saya Ian Rashid yang kini berada di wad ICU sebab kena serangan jantung... ada enam saluran tersumbat," katanya. Meskipun sudah berpisah, Jasmin memberitahu bahawa dia masih lagi menjalinkan hubungan baik dengan bekas suaminya itu.

Klik untuk gambar besar



"Kami masih berkawan baik walaupun masing-masing dah ada pasangan baru. Beliau orang baik!" ujarnya yang mengakui terkejut apabila mengetahui mengenai keadaan kesihatan bekas suaminya itu.

Dalam hantaran yang sama, Jasmin meminta orang ramai agar mendoakan kesihatan bekas suaminya itu, selain mengingatkan orang ramai agar membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui keadaan kesihatan masing-masing.

"Saya yang ada sakit jantung tapi sekarang beliau yang sihat wal'afiat sebelum ini pula yang berada di ICU sebab serangan jantung. Ini semua ketentuan Allah... Pergilah pemeriksaan doktor untuk tahu tahap kesihatan kita terutamanya jantung kerana serangan jantung adalah pembunuh dalam senyap," kongsinya.

"Mohon ehsan doa dari keluarga dan teman-teman yang saya sayangi buat bekas suami saya. Hanya Allah sahaja yang akan berikan ganjaran di atas segala kebaikan kalian yang sudi panjatkan doa buat Ian Rashid," ujarnya lagi.

Untuk makluman, Jasmin mendirikan rumah tangga bersama Ian Rashid pada tahun 2000 dan berpisah pada 2008. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Ian Haziq.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: