01 December 2022

DITUDUH SEBAR FITNAH KENA PUKUL - ISTERI AFIQ MUIZ TAMPIL DEDAH BUKTI BERGAMBAR & LAPORAN POLIS



"Saya ada membalas pukulan untuk pertahankan diri dengan menampar dan menggigit tangan kanan suami saya. Akibat kejadian itu, saya mengalami sakit di muka, tangan sebelah kanan dan perut.


"Setiap minggu dipukul suami menyebabkan jari manis kiri patah dan retak tulang kaki kiri," itulah jelas isteri kepada pelakon Afiq Muiz iaitu Pachara Apin atau nama Islamnya, Nur Aaira Mahdeya dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Sri Damansara, Selangor.

Susulan dituduh menyebarkan fitnah terhadap suami sendiri, Pachara tampil mendedahkan bukti laporan polis dan kecederaan dialami yang didakwa perbuatan aktor berkenaan.

Menerusi laporan polis pada 14 Mei 2021, Pachara mendakwa Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali selain menendang perut dan menumbuk dagunya masing-masing sebanyak dua kali.

Klik untuk gambar besar



Mendedahkan perkara tersebut di laman Facebook miliknya, Pachara turut memuat naik beberapa foto menunjukkan kecederaan dialami selain beberapa bukti perbualan dipercayai dengan ahli keluarganya.

Dalam pada itu, Pachara memberitahu dia tidak lagi akan berdiam diri dan akan mengheret Afiq ke muka pengadilan atas perbuatannya.

"Saya akan minta bantuan profesional dan Tuhan akan lindungi saya. Kamu gunalah bakat lakonan kamu dan silakan raih drama yang kamu tak dapat kawal sendiri. Kamu pukul saya. Kamu jawab nanti depan Tuhan," katanya.



Mengulas mengenai campur tangan keluarga Afiq, Pachara mendakwa kehadirannya memang tidak disenangi oleh keluarga aktor tersebut mendakwa disebabkan dia lahir dalam keluarga bulan Islam dan tidak berduit.

Malah Pachara turut menuduh keluarga Afiq gemarkan perhatian serta mata duitan. Tambahnya, pihak keluarga Afiq terus menerus membuat cerita dengan melemparkan pelbagai tuduhan demi mendapat kepercayaan pengikut mereka.

"Sejak kahwin lagi memang saya dibenci sebab dilahirkan sebagai Kristian... orang Sabah lagi. Bukan famous dan tidak kaya, sekarang tak mengaku pula. Bapa dan ibu angkat saya orang Islam tak pernah ajar seperti itu. Satu keluarga minta perhatian, mata duitan.



"Reka cerita tak habis-habis lepas itu tuduh saya macam-macam. Kamu rasa pengikut kamu akan bawa kamu masuk syurga?" ujarnya.

Dalam pada itu, Pachara menerusi kenyataan di Instagram pula, memberitahu masih banyak rahsia tentang sikap buruk adik-beradik aktor tersebut yang belum didedahkan kepada orang ramai.

Bagaimanapun kata Pachara, dia enggan menyelongkar perkara itu di media sosial sebaliknya akan mendedahkan perkara itu di mahkamah kelak.



"Banyak lagi kebodohan dan kejahilan dia dan adik-beradiknya yang saya simpan untuk mahkamah. Jangan sewenang-wenang bercakap tanpa siasat dan tunggu perbicaraan," tuturnya.

Terdahulu, Afiq atau nama penuhnya Muhammad Afiq Muiz, 30, membuat laporan polis di Balai Polis Dengkil, Selangor selepas dituduh mencederakan Pachara.

Kata Afiq, dia akan membawa kes tersebut ke mahkamah bagi membersihkan namanya yang sudah tercalar. Untuk makluman, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 2019.




________ IKLAN ________

JUALAN PAYDAY 25 NOVEMBER. JOM BOOKING DULU!! Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PayDay yang bermula 12 malam 25 November ini. Anda juga boleh masukkan dalam 'cart' (bakul) dulu pelbagai barangan mahal seperti handphone berharga RM849 yang dijual hanya RM25 sahaja.

Malah lebih banyak diskaun hebat disediakan termasuk hadiah mewah dan voucher berbaloi.

Untuk info, pelanggan baru juga boleh menggunakan voucher SHPFB25 (20 hingga 24 November)  atau SHPFB25 (25 November) bagi barangan percuma atau diskaun besar untuk pembelian pertama. 

Jom masukkan dalam 'cart' (booking) dulu, mana tahu tuah menyebelahi anda?








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: