01 December 2022

"ALHAMDULILLAH, ADA WAKTU NAD MAHU CUBA BERCAKAP TAPI BIBIR SAJA GERAK..." - SHIERA & RAKAN ARTIS BERJAYA KUTIP RM18K



Pelakon Nad Zainal yang masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak minggu lalu akibat jangkitan pada paru-paru itu dilaporkan kini makin celik dengan mata laloknya juga berkurangan. Perkara tersebut dikongsikan pelakon Ungku Ismail Aziz, 36, menerusi Instagram Story malam tadi.


"Alhamdulillah, ada waktu dia mahu cuba bercakap, tapi dah tentu nampak bibir saja gerak dan tak faham. Maka, selamat meneka apa yang dia cuba nak cakap masa itu.

"Mama Nad dapat teka dia bertanyakan anaknya, Yem. Dan mereka tunjuk video sedikit. Lama-lama kang (nanti) dia nangis, tak elok. Kami nak dia sentiasa kuat. Saya ada bertanya apakah hari ini rasa lebih baik dari semalam, dia angguk. Alhamdulillah," katanya.

Menurutnya, doktor mahukan Nad berehat sepenuhnya, jika dia tertekan atau 'struggle' banyak, akan menjejaskan laporan harian kesihatannya dan langkah pulih seterusnya mungkin akan menjadi perlahan.

"Saya pohon doa semua, agar mendoakan dia terus sihat, paru-parunya menjadi stabil dan bagus, sesuai dengan waktu ingin 'extubate' nanti. InsyaAllah Allahu Yashfiihaa, Allahu Yashfiihaa, Allahu Yashfiihaa," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Ungku Ismail terus menyeru peminat agar memberi bantuan sumbangan wang bagi membantu pembiayaan perubatan untuk Nad menerusi link (pautan) Derma Sini Now.

"Tolong sedekahkan bacaan Al Quran juga. Al Quran itu penawar. Tolong titipkan sebanyak doa memohon dia sihat yang mungkin doa itu mampu mengubah takdir," katanya.

Tambah Ungku Ismail lagi, jika semua itu enggan dibuat, dia minta agar individu terbabit diam: "Berhenti bercakap benda yang bukan-bukan yang menyusahkan lagi keadaan," katanya.

Sementara itu, pelakon Sharifah Shahirah menerusi satu perkongsian di laman Instagram, memaklumkan dia bersama rakan-rakan artis lain membut kutipan buat Nad Zainal.

Dalam entri tersebut, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera memaklumkan mereka berjaya mengumpul sebanyak RM18,278 menerusi kutipan tersebut.

Shiera turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang menghulurkan sumbangan serta memaklumkan wang yang terkumpul akan diberikan kepada ibu bapa Nad Zainal bagi meringankan sedikit kos rawatan pelakon itu.

"Salam semua. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan. Ini jumlah terkini jam 10.15 am (30 November). Sumbangan ini akan kami sampaikan kepada ibu bapa Nad Zainal.

"Siapa yang masih ingin menghulurkan bantuan masih boleh menggunakan akaun ini. Nanti kami akan update dari masa ke semasa," ujarnya.

Sebelum ini, beberapa rakan artis yang lain dan peminat aktres itu turut melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal untuk kegunaan bayaran kos rawatan aktres berkenaan.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: