01 December 2022

"SAYA TAHU MANA BAIK & BURUK... YANG KENAL & DIKATAKAN BERCINTA DENGAN WATIE ADALAH SAYA" - SHUIB



Semua sedia maklum, pelawak Shuib kini dikatakan sedang menjalin hubungan rapat dengan wanita dikenali sebagai Watie Hanifiah. Namun begitu, ramai yang meluahkan rasa kurang dengan pilihan Shuib.


Dalam pada itu, Shuib berharap orang ramai tidak mempertikai hubunganny itu kerana dia lebih tahu baik atau buruk setiap keputusan dilakukan dan tidak akan sesekali merosakkan kehidupannya dengan anak-anak.

"Insya-Allah, saya tahu mana baik dan buruk. Saya juga tahu mana okay atau sebaliknya. Namun, saya tidak boleh menolak persepsi orang. Cuma, tidak adil untuk orang luar membuat andaian bukan-bukan, sedangkan tidak mengenali Watie.

"Yang kenal dan dikatakan bercinta dengan Watie adalah saya. Jadi, takkan saya mahu merosakkan kehidupan. Sudah tentu saya akan menjaga kehidupan saya dan anak-anak sebagaimana ketika bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Menurut Shuib, dia tahu netizen mengambil berat akan dirinya serta anak-anak namun meminta supaya tidak berlebih-lebihan kerana banyak hati perlu dijaga.

Katanya lagi, keputusan untuk mengenali hati Watie bukan kerana keinginannya sendiri tetapi dia mendahulukan dan memberi keutamaan pada anak-anak serta ibunya.

"Saya fikirkan anak-anak dahulu. Saya mementingkan kesihatan mental mereka. Perjalanan ditempuhi anak-anak sekarang bukanlah mudah, mereka juga perlukan sentuhan seorang ibu.

"Kalau anak-anak gembira, manakala ibu dan keluarga mentua bersetuju, saya akan okay sahaja. Ini kerana saya hanya memikirkan mereka," katanya.





________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: