Pelakon Julia Farhana yang enggan memperincikan tarikh sebenar perkahwinannya dengan kekasih, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, memaklumkan persiapan menjelang hari bahagianya itu sudah mencapai 90 peratus dengan bantuan keluarga.
Bakal mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat, Julia Farhana, 28, turut berkongsi detik perkenalannya dengan bakal suami itu dengan mendedahkan dia mengenali Dr Che Hafiz sejak dua tahun lalu melalui ibunya.
Tambahnya lagi, Dr Che Hafiz seorang yang memahami terutama tentang kerjaya membuatkan dia terbuka hati untuk menerima pilihan ibunya itu. Hubungan itu bagaimanapun dirahsiakan kerana mahu menjaga privasi keluarga.
"Saya seorang yang mementingkan privasi, perkongsian kebanyakkannya hanya mengenai kerjaya saja. Malah, berita mengenai perkahwinan pun bukan keluar dari mulut saya sendiri sebaliknya pihak lain.
Klik untuk gambar besar
"Apa yang boleh saya beritahu adalah hari bahagia kami sudah begitu hampir dan persiapan juga hampir 90 peratus. Semoga semuanya dipermudahkan.
"Malah, saya dan bakal suami juga turut membahagikan tugas masing-masing memandangkan kami berdua sibuk. Hendak 'dating' pun tiada masa, sehinggakan tidak ingat bila kali terakhir kami berjumpa.
"Saya dah kenal dia dua tahun... kami berdua terlalu menjaga privasi. Ini adalah aturan keluarga dia dan keluarga saya. Saya kenal Dr Che Hafiz sebenarnya melalui mak saya. Mak saya suka dengan dia dan dah lama kenal dia.
"Saya pula tiada niat pun nak settle down sebab saya happy dengan karier saya, fokus dengan pelajaran, menyanyi dan berlakon. Tapi bila kenal dia saya rasa dia okay... not bad.
"Saya rasa dia lelaki baik, softspoken, gentleman... seorang yang sangat matang dan boleh dibawa berbincang. Saya rasa dia bukan orang yang teruk untuk dijadikan calon suami.
"Agak susah untuk cari seseorang yang faham kerjaya saya yang sibuk ini. Terutama saya masih lagi baharu dalam industri ini tapi bila berkenalan dengan dia... dia sangat faham dengan jadual yang padat, kehidupan saya dan terima saya seadanya. Jadi saya rasa saya akan dengar kata ibu saya!," jelasnya.
Menerima bakal suami seadanya, Julia berkata, dia tidak pernah terfikir bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang bapa tunggal.
"Saya tak pernah terfikir dan terniat untuk berkahwin dengan bapa tunggal tapi bila dah jadi macam itu saya hanya lihat pada karakter dia. Ketepikan seketika hal lain... tapi saya memang pernah terfikir boleh terima ke kalau datang dengan pakej (anak).
"Tapi saya dah fikir masak-masak saya bersedia untuk terima semua orang melibatkan dirinya. Kalau saya tak terima saya dah buang masa tempoh perkenalan, tapi bila dah sampai tahap ini bermakna saya dah lama terima dengan hati yang terbuka" kongsinya.
Julia juga memberitahu bahawa dia masih belum ada kesempatan untuk berkenalan dengan bakal anak tirinya, Laana Haura kerana menghormati ibu kandung kanak-kanak berkenaan yang juga pelakon iaitu Lufya Omar.
"InsyaAllah jika dibenarkan, jika tidak diterima oleh pihak lain saya terpaksa akur. Saya ikut keputusan suami saya. Saya tengok dari jauh sahaja, sebab saya hormat ibu kandung dia. Sebab saya belum kahwin lagi... Haura ada ibu kandung, saya perlu minta kebenaran, jadi berkenalan atau bermain belum lagi," ujarnya.
Untuk makluman, Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga dengan Lufya pada 26 November 2016 dan bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Jaya. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Laana Haura yang kini berusia lima tahun.
________ IKLAN ________
WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment