01 December 2022

ZUL ARIFFIN KENA KRITIK SERTAI PROGRAM 'BACHELOR', BERKENALAN DENGAN 13 WANITA



Pelakon Zul Ariffin baru-baru ini telah menyertai program realiti 'bachelor' pertama di Malaysia, Pencuri Hati. Zul yang sudah 14 tahun berada dalam industri seni itu berkata, penyertaannya dalam program berkenaan mempunyai cabaran tersendiri.


Mengakui sedikit gemuruh untuk berkenalan dengan 13 wanita yang tidak pernah ditemuinya sebelum ini, Zul dalam pada itu berharap orang ramai tidak terlalu cepat meletakkan pandangan negatif terhadap program tersebut kerana konsepnya berbeza dengan program di negara luar.

"Pada mulanya saya agak canggung kerana ini merupakan progran realiti pertama saya. Berkenalan dengan 13 orang wanita, ia bukan perkara biasa saya lakukan.

"Kebiasaannya, bila kita bersembang dengan orang, tiada pun rakam-merakam ni tapi kali ini, kamera memang ada di sekeliling kita. Ia merupakan pengalaman baru buat saya.

Klik untuk gambar besar



"Pada saya, ini hanyalah sekadar sebuah program televisyen. Tiada yang personal. Ia merupakan perkara yang telah saya persetujui dan akan berikan komitmen.

"Pada awalnya, saya ada nampak potensi program ini akan menjadi panas namun ia bukan hanya sekadar dating memanjang. Tidak..ia lebih daripada itu sebenarny. Lagipun, bukan hanya saya dan 13 gadis ini yang merakam sendiri aktiviti kami. Seluruh team produksi juga ada di belakang kami," katanya.

Sementara itu, menerusi komen Facebook, rata-rata pengguna laman sosial meluahkan rasa kurang senang pelakon berbadan sasa itu menyertai program berkenaan.

Malah, ada yang mendakwa program tersebut tidak bermanfaat serta meluahkan rasa bimbang kerana banyak bencana alam sedang berlaku. Selain itu, ada segelintir pengguna laman sosial mengkritik cara pemakaian wanita-wanita yang terlibat dalam program tersebut yang disifatkan agak mencolok mata.





________ IKLAN ________

JUALAN PAYDAY 25 NOVEMBER. JOM BOOKING DULU!! Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PayDay yang bermula 12 malam 25 November ini. Anda juga boleh masukkan dalam 'cart' (bakul) dulu pelbagai barangan mahal seperti handphone berharga RM849 yang dijual hanya RM25 sahaja.

Malah lebih banyak diskaun hebat disediakan termasuk hadiah mewah dan voucher berbaloi.

Untuk info, pelanggan baru juga boleh menggunakan voucher SHPFB25 (20 hingga 24 November)  atau SHPFB25 (25 November) bagi barangan percuma atau diskaun besar untuk pembelian pertama. 

Jom masukkan dalam 'cart' (booking) dulu, mana tahu tuah menyebelahi anda?








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: