12 December 2022

BERSAMA LELAKI YANG LEBIH BERUSIA - QISTINA RAISAH TEGAS ITU ABANG KANDUNGNYA, HENRY



"Saya hendak bercakap sedikit mengenai isu yang viral apabila saya memuat naik gambar bersama Henry. Ada yang kata tidak sesuai, jauh beza, tidak kena dan macam-macam lagi.


"Sehinggakan ada yang hendak berjumpa di mahkamah kerana saya bawah umur. Tetapi, untuk apa? Hanya kerana saya bergambar dengan abang kandung saya sendiri ke?

"Saya tidak marah kepada semua netizen, cuma kenyataan saya ini ditujukan buat netizen yang kurang bijak," kata pelakon remaja, Qistina Raisah yang berang apabila gambarnya bersama seorang lelaki yang jauh lebih berusia mengundang pelbagai reaksi dan komen negatif dikalangan netizen.

Enggan terus dikritik, Qistina tampil menegaskan lelaki berusia 26 tahun itu adalah abang kandungnya dan meminta netizen untuk selidik dahulu sebelum melontarkan kata-kata nista.

Klik untuk gambar besar



"Saya hendak bercakap sedikit mengenai isu yang viral apabila saya memuat naik gambar bersama Henry. Ada yang kata tidak sesuai, jauh beza, tidak kena dan macam-macam lagi.

"Sehinggakan ada yang hendak berjumpa di mahkamah kerana saya bawah umur. Tetapi, untuk apa? Hanya kerana saya bergambar dengan abang kandung saya sendiri ke? Saya tidak marah kepada semua netizen, cuma kenyataan saya ini ditujukan buat netizen yang kurang bijak," ujarnya.

Menerusi video penjelasannya di TikTok, pelakon remaja berusia 14 tahun itu juga meminta netizen untuk membuat kaji selidik dan menyiasat sebelum melemparkan tuduhan.

"Jika diselidik dan lihat akaun Henry, pasti akan nampak video dan gambar kami beraya bersama-sama. Jadi apabila sudah beraya bersama, pastinya dia adalah abang saya. Sebelum menghentam atau menuduh, lebih baik usul periksa.

"Yang lebih menyedihkan, mereka bersifat begitu adalah lebih berumur daripada saya.Tidak faham, kenapa salah pula saya hendak bergambar dengan abang sendiri. Janganlah jaga tepi kain orang sangat, 'stress' hidup ini kadang-kadang," katanya.

Terdahulu, Qistina pernah dikecam gara-gara dipercayai menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki yang lebih dewasa. Malah, ada juga netizen mempersoalkan usia Qistina yang baru saja berumur belasan tahun, namun, bercinta dengan lelaki dewasa yang dianggap seperti pedofilia.


________ IKLAN ________

JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: